Saturday, May 17, 2008
Kelas Seni Mempertahankan Diri
15 May 2008 - Pusat Khidmat Wakil Rakyat bersama Urusan Pengundi Muda DUN Pantai Merdeka telah menubuhkan kelas Seni Mempertahankan Diri dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Gayung Pesaka Malaysia yang bertempat di Dewan MPSP Tikam Batu.
Kelas tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Hj Abdullah Jusoh, ADUN Pantai Merdeka dan upacara 'mandi limau' telah dijalankan oleh seorag guru silat yang tidak asing lagi di Kedah iaitu Cikgu Majid pada hari ni.
Majlis tersebut yang dihadiri oleh tidak kurang dari 60 orang peserta. Walaubagaimana pun dimaklumkan borang permohonan yang diterima melebih 80 borang. Kelas seni mempertahankan diri ini ditubuhkan bagi mengisi masa lapang dan memantapkan kesihatan serta kecergasan diri. Selain dari itu, kelas ini juga bermatlamat menjauhkan diri para peserta dari gejala sosial yang sedang menular sekarang.
Kelas ini akan mengadakan latihan pada setiap hari Khamis bermula jam 9.00 malam di Dewan MPSP Tikam Batu. Kelas ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutama remaja dari 7 ~ 20 tahun.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat juga bercadang mengadakan kelas yang dikhaskan untuk wanita memandangkan permintaan dari wanita juga tinggi.
Kepada ibubapa dan waris yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai kelas ini boleh lah berhubung dengan Sdr. Badron Hisham bin Bahari 019 - 465 3088 atau PKWR 04 - 438 7368.
aaz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment