Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik diharap dapat berperanan menarik penduduk setempat untuk menjalin kerjasama tanpa mengira fahaman politik. Sebarang permohonan atau tuntutan kepada kerajaan negeri lebih berkesan sekiranya dibuat secara berkumpulan. Kerajaan negeri pula akan berusaha sedaya upaya untuk bersikap adil dalam memenuhi sebarang tuntutan oleh mereka yang layak.
Selain itu sesuatu maklumat yang diterima hendaklah terlebih dahulu dipastikan kesahihannya khususnya yang berhubungkait dengan kerajaan negeri. Dalam situasi sekarang apabila media perdana ditadbir dan diuruskan oleh mereka yang tidak beramanah, rakyat terdedah dengan berita-berita propaganda dan fitnah. Kerajaan negeri tidak terlepas dari menjadi mangsa. Sehubungan itu, pusat komuniti yang diwujudkan menjadi sumber mendapatkan maklumat yang sahih melalui hubungan yang rapat antara pusat komuniti dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Pantai Merdeka. Sebarang maklumat akan dapat disalurkan oleh PKWR dengan lebih efektif.
Selepas perasmian masa diluangkan melihat gambar-gambar aktiviti yang pernah dijalankan oleh penduduk di ruang pameran. Tidak ketinggalan sesi bergambar bersama AJK Persatuan Penduduk.