Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Thursday, December 17, 2009

Suasana Majlis Berkhatan Perdana 2009.









Para peserta sedang dimandikan oleh Pengerusi Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka,Saudara Rosli Darus.
Majlis ini telah berlangsung pada 8 December 2009 bertempat di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.Seramai 44 orang peserta yang berdaftar,hanya 38 orang saja yang dapat disempurnakan.2 orang tidak dapat dikhatankan kerana bentuk tubuh badan menjadi penghalang dan 2 orang lagi pasangan adik beradik tidak dapat dipujuk oleh kedua-dua ibubapa mereka.
Suasana yang meriah dan penuh gelagat dan aksi para perserta telah menceriakan lagi majlis ini.Kepada ibubapa dan waris yang ingin menyertai untuk tahun hadapan bolehlah berhubung dengan pegawai yang bertugas di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.Majlis ini telah dijadikan Acara Tahunan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka.Ucapan terima kasih dari YB DUN Pantai Merdeka Hj Abdullah Bin Jusoh kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada Mudim ,Jabatan Bomba Dan Penyelamat Balai Tikam Batu,Ketua-ketua Kampung dan ibubapa dan waris peserta.

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Penyerahan Baju,Jersi,Bolasepak Dan Bola Sepaktakraw.




Majlis telah diadakan pada 26 November 2009 bertempat di Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka,Tikam Batu.Majlis ini diadakan bagi menyerahkan peralatan sukan seperti baju Jersi, bolasepak dan bola sepaktakraw seta baju Pakatan Kenduri Kampung yang dipohon oleh Ketua-ketua Kampung.Ini menunjukkan bahawa golongan muda juga tidak ketinggalan dalam konteks Kedah Sejahtera yang diterapkan kepada ketua-ketua kampung.Golongan Muda diharap dapat memberi kerjasama dan memberi idea-idea kepada Ketua Kampung untuk memajukan atau menjayakan kampung masing-masing.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Pantai Merderka,Abdullah Bin Jusuh.

Yb Dun Pantai Merdeka menyerahkan jersi bolasepak,bola dan baju untuk Pakatan Kenduri kepada Ketua Kampung dan wakil Pemuda Kampung.

Thursday, November 26, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Guru Al-Quran Dan Tajwid Parlimen Sungai Petani

Ucapan Perasmian disampaikan oleh EXCO Sains & Inovasi Teknologi Maklumat ICT Dan Komunikasi
Pembangunan Usahawan YB Abdullah Jusoh,turut serta dimajlis tersebut Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kuala Muda,Encik Aziz Bin Idris,Penghulu-penghulu Mukim,Pegawai-pegawai Jabatan dan Imam masjid.Majlis ini diadakan pada 21 November 2009 yang bertempat di pekarangan Masjid Sungai Pasir.
Sebahagian dari guru-guru Al-Quran & Tawjid Parlimen Sungai Petani berjumlah lebih 200 orang mendengar Ucapan Perasmian Majlis Sumbangan Saguhati & Penghargaan.


Sumbangan disampaikan oleh EXCO Sains & Inovasi Teknologi Maklumat ICT Dan Komunikasi
Pembangunan Usahawan YB Abdullah Jusoh.Ucapan ringkas dari wakil Guru Al-Quran yang menerima sumbangan,"Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Kerajaan Negeri Kedah,Yayasan Islam Kedah dan Pejabat Daerah Kuala Muda diatas sumbangan ini yang julongkali diadakan kerana mengenangkan jasa dan pengorbanan Guru- guru Al-Quran dan Tawjid sebelum ini tidak pernah menerima sebarang sumbangan dan penghargaan dari Pihak Kerajaan yang terdahulu".

Tuesday, November 17, 2009

Majlis Berkhatan Perdana 2009

Majlis Berkhatan Perdana 2009 Anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merderka

akan diadakan pada :

  • Tarikh : 8 December 2009
  • Hari : Selasa
  • Tempat : Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kawasan Pantai Merdeka
  • Pendaftaran/Bayaran : RM 20.00 Sahaja


     

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat PKWR(N27) Pantai Merdeka no telefon

04-438 0595 atau Ketua Kampung


 

Nama Mukim

Nama Ketua Kampung

No Telefon

Pekula

Haji Mohd Isa

019-546 7209

Pinang Tunggal

Saiful Azli Ahmad

019-572 3134

Simpor

Haji Abdul Rahman Salleh

019-498 2474

Bukit Meriam

Amir Hamzah Mohd Johari

019-457 0879

Kota Kuala Muda

Abdul majid Bin Mad Rejab

016-441 4931

Kuala Muda

Ahmad Baharom

019-544 4041

Haji Kudung

Marzuki Bin Darus

017-467 6720

Sungai Pasir

Ahmad Rodzi Bin Darus

013-416 2173

Rantau Panjang

Haji Muhamad Shukri Bin Saaad

019-497 4513


 

Sumbangan untuk Kenduri amat dialu-alukan.


 


 

Lawatan Ke Rumah Mendiang Ah Leng.


Ketibaan YB sisambut oleh Ketua Komuniti Pekan Tikam Batu,Encik Loh Teong Jim turut menyertai rombongan Yb,Ketua Kampung Pekan Tikam Batu Tuan Haji Mad Isa dan Pegawai Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka


Menghulur sedikit bantuan kepada keluarga mendiang Ah Leng

Ucapan Takziah disampaikan oleh Yb DUN Pantai Merdeka Abdullah Jusoh kepada keluarga mendiang.

Tuesday, November 10, 2009

Majlis Penyerahan Khemah kepada MKK dun Pantai Merdeka



Majlis Peryerahan Khemah telah diadakan pada hari ini 9 November 2009,bertempat di

Pejabat Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka .Semua MKK Dun Pantai Merdeka terlibat

pada majlis penyerahan ini.



Ucapan disampaikan oleh YB Dun Pantai Merdeka Abdullah Bin Jusoh,menyeru

kepada MKK DUN PANTAI MERDEKA supaya menguruskan pentadbiran khemah

dengan penuh berhikmah semoga semua golongan dapat menggunakannya dengan penuh manafaat.





 


MKK mendengar Ucapan yang disampaikan oleh YB dengan penuh perhatian .




Bergambar bersama YB selepas upacara penyerahan khemah.

Inilah wajah-wajah sebahagian daripada MKK DUN Pantai Merdeka.

Wednesday, November 4, 2009

Jurulatih Kedah yang Baru

Ahmad Yusoff jurulatih baru Hijau Kuning

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR: Pasukan Hijau Kuning kini mempunyai jurulatihnya yang
baru, Ahmad Yusoff yang sebelum ini memegang jawatan sebagai penolong
jurulatih Kelab Proton FC, bagi menggantikan Mohd. Azraai Khor
Abdullah.
Perubahan turut dibuat oleh pasukan Kedah apabila menggugurkan lima
pemain iaitu Rafiz Abu Bakar, Mohd. Afif Amiruddin, Mohd. Azrul Ahmad,
Manopsak Kram dan Mohd. Nazmi Baharom.
Sebagai permulaan, Ahmad mengikat kontrak selama setahun bagi memberi
peluang kepadanya untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum
menyambung kontrak baru setelah meneliti prestasi keseluruhan pasukan.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YB. Dato'
Bijaya Indera Dato' Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, bagi
melengkapkan pasukan Kedah, KFA bakal mencari lima pemain baru
termasuk dua penyerang bagi menggantikan pemain yang ditamatkan
kontrak.
"Pemilihan ketua jurulatih itu dibuat atas cadangan pengurusan pasukan
dan penolong jurulatih yang melihat Ahmad Yusoff mampu menyesuaikan
diri dengan pengurusan serta pemain sekaligus dapat mengembalikan
kegemilangan pasukan Hijau Kuning dalam sukan bola sepak," katanya.
Ahmad menjelaskan, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab
yang diberikan itu dan yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain,
pasukan Kedah mampu melakar kejayaan.
Ahmad memulakan karier sebagai pemain bola sepak pada tahun 1979 dan
terpilih mewakili negara pada tahun 1981 sehingga 1993.
Ketika menjadi ketua pasukan negara, Ahmad membantu Malaysia meraih
pingat emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
Dalam penampilan sulungnya bersama pasukan Pahang pada tahun 1984,
skuad Tok Gajah itu muncul naib juara Piala Malaysia sebelum muncul
juara Liga Perdana pada tahun 1987.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kehormat KFA, YB. Dr.
Hamdan Mohamed Khalib dan Pengurus Pasukan Hijau Kuning, Dato' Khazali
Din.

Bola sepak kampung

Tuesday, October 27, 2009

Sumbangan Sempena Hari Deepavali Pada 16 Oktober 2009


Ucapan daripada YB Abdullah Bin Jusoh,juga disertai bersama Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani iaitu Saudara Badrul Hisham dan Pembantu Khas Kepada YB,Saudara Rosli Bin Darus.



Menerima Sumbangan daripada YB Dun Pantai Merdeka,YB Abdullah Bin Jusoh


Menjamu selera hidangan yang disediakan oleh Pusat khidmat Dun Pantai Merdeka.

Tuesday, September 8, 2009

JADUAL MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAZKIRAH YB ADUN PANTAI MERDEKA DALAM KAWASAN PANTAI MERDEKA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1430.

HARI : RABU
TARIKH : 09-09-2009/19 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : SURAU KG. BUKIT - MAJLIS BERBUKA PUASA.
TEMPAT : SURAU TAMAN SEMARAK - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : KHAMIS
TARIKH : 10-09-2009/20 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : SURAU ALOR BEMBAN - MAJLIS BERBUKA PUASA.
TEMPAT : SURAU KG. BUKIT LALANG - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : JUMAAT
TARIKH : 11-09-2009/21 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : MARKAS PAS KG.PADANG TEMUSU - MAJLIS BERBUKA PUASA.

HARI : SABTU
TARIKH : 12-09-2009/22 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU KG. ABU SEMAN - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU KG. TENGAH - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : AHAD
TARIKH : 13-09-2009/23 RAMADHAN
TEMPAT : MARKAS PAS KG. PADANG LIMAU - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU KG. PAYA KERCUT - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : ISNIN
TARIKH : 14-09-2009/24 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU HJ. AHMAD - MAJLIS BERBUKA PUASA

HARI : SELASA
TARIKH : 15-09-2009/25 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU TAMAN SRI PINANG - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU TAMAN KEMPAS FASA 1 - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : RABU
TARIKH : 16-09-2009/26 RAMADHAN
TEMPAT : MARKAS TARBIAH BALAI ISLAM, TIKAM BATU - MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MKK.

HARI : KHAMIS
TARIKH : 17-09-2009/27 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU KG. JAWA - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU TAMAN PINANG TUNGGAL - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : JUMAAT
TARIKH : 18-09-2009/28 RAMADHAN
TEMPAT : MASJID BAKAR ARANG - MAJLIS BERBUKA PUASA

Monday, March 9, 2009

Azizi menulis

AZIZI MENULIS MAC 2009

Bertempat di D‘ Chalet Yan, Kedah (Rekreasi Titi Hayun), pada 26 Februari 2009 berlangsung Diskusi Minda Bengkel Hala Tuju  kebudayaan Negeri Kedah.

Saya ditugaskan menyampai kertas kerja tentang hala tuju ini. Tempat sangat menarik. Seumur hidup saya, walaupun anak Negeri Kedah, tak terjejak kaki di situ. Chalet sangat murah, hanya RM60 semalam.

Membentang kertas kerja hampir sejam atas usahasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah di mana Exconya YB Dr. Hamdan Mohamed Khalib sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Mufti, Hal Ehwal Agama, Kolej Universiti Insaniah, Pusat Islam Universiti Utara, Pegawai Daerah Yan, dan didaya usaha kuat oleh Dr.  Zahidi selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, diskusi berjalan dengan baik.

Saya sangat berterima kasih di atas kehadiran dan percambahan minda oleh Prof Abdullah Hasan dari Universiti Perguruan Sultan Idris dan isteri beliau Puan Ainon Mohamad dari PTS dan orang kuat PAKSI.

Saya yang membentang kertas kerja itu tidak bertujuan mencari satu bentuk kebudayaan baru untuk negeri Kedah. Bagi saya dasar dan bentuk kebudayaan yang sedia ada sudah memadai tetapi haruslah ia ditokok tambah, di awasi dan di pantau dari masa ke semasa.

Saya tidak bermaksud akan wujud satu bentuk baru tetapi cukup sekiranya Kedah dapat mencipta satu imej budayanya yang selaras dengan Islam dan nilai murni, seperti yang disebut oleh wakil dari UUM. Hanya sanya saya sering melontar pertanyaan: SIAPAKAH YANG MAHU? Atau seperti kata Ali Syariati, SIAPA YANG MAHU MEMULAKANNYA?  Kerana ia sebenarnya sudah ada tetapi diselaputi oleh mereka yang tidak gemar apabila disebut Islam.

Maka Alhamdulillah kertas kerja itu diterima sebagai landas mula membentuk satu jawatan kuasa kerja bagi mengenal pasti  apakah bentuk kebudayaan kini dan dapat mengenal pasti pula program atau acara tahunan yang dibiayai secara rasmi oleh kerajaan. Cadangan yang baik ini dilontarkan oleh Puan Ainon Mohamad dari PTS.

Lainnya beliau berharap satu garis panduan budaya, menghasilkan buku induk agar dapat diikuti oleh pihak Kerajaan Tempatan dan Daerah.

Manakala Prof   Dr. Mohd Isa Othman menyarankan supaya forum dan bengkel kebudayaan ini diadakan selalu dan tubuhkan badan pelaksana yang ada kuasa eksekutif.

Apapun diskusi pada hari tersebut ternyata menjadi titik tolak bagaimana kebudayaan Kedah tidak akan terbiar, dibiar hanyut begitu saja. Sudah ada tanda-tanda bagaimana ia dikawal dan dibaiki supaya menjadi nilai-nilai murni. Contohnya apabila TV9 membuat ‘Suarasa’ baru-baru ini, di mana persembahan hiburan dapat dibendung.

Saya fikir diskusi itu mencapai tujuannya sebagai permulaan membentuk garis panduan, mengangkat martabat kebudayaan dan mencari nilai kebudayaan yang positif berlandaskan Islam.



dapatkan berita terkini negeri Kedah dari www.wartakedah.com

Tuesday, March 3, 2009

senarai exco kedah mulai 3 Mac

SENARAI BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MULAI 3 MAC 2009
BIL
NAMA EXCO
POTFOLIO
1
YAB. DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
Pengerusi J/Kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan
 
 
2
 
YB. DATO' IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
 
Pengerusi J/Kuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pemb. Luar Banndar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
 
 
3
 
YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
 
Pengerusi J/Kuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi
 
 
4
 
YB. DATO' HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH
 
Pengerusi J/Kuasa Industri & pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan
 
 
5
 
YB. MOHAMAD RADZHI BIN SALLEH
 
Pengerusi J/Kuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia
 
 
6
 
YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB
 
Pengerusi J/Kuasa Belia & Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
 
 
7
 
YB. USTAZAH HJH SITI AISHAH BIN HAJI GHAZALI
 
Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
 
 
8
 
YB. HAJI ABDULLAH BIN JUSOH
 
Pengerusi J/Kuasa Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan
 
 
9
 
YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH
 
Pengerusi J/Kuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan
 
10
YB. TAN WEI SHU
Pengerusi J/Kuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan
 
 

Thursday, February 26, 2009

HENTI LAGAKAN RAKYAT-ISTANA!

 
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
 
Alor Setar: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Insan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Penerangan, YB Dr. Ismail Salleh menyelar pihak-pihak tertentu yang menjadi batu api untuk melaga-lagakan antara kerajaan Pakatan Rakyat dan pihak istana.
Mengulas tindakan Setiausaha Pemuda UMNO Kedah, Haris Che Mat yang memberitahu akan membuat laporan polis terhadap surat layang yang mendakwa kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Sultan, Dr. Ismail menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'kurang cerdik'.
"Takkanlah surat layang yang penulisnya pun takut untuk mendedahkan identiti, mahu dijadikan asas rujukan, nampak sangat tindakan (Pemuda) itu kurang cerdik," ujarnya.
Menurut Dr. Ismail, sekalipun seandainya sesuatu maklumat itu benar tetapi ia boleh memecahkan perpaduan dan keharmonian antara rakyat, sepatutnya sebagai pemimpin bertanggungjawab perkara seperti itu tidak diperbesarkan.
Apatah lagi, katanya, jika isu dibangkitkan langsung tidak mempunyai asas dan bukti, sebaliknya fitnah yang disebarkan melalui surat layang semata-mata.
"Dari aspek yang lain nampak sangat mereka ini berniat jahat serta ingin mencari keuntungan politik sempit, langsung tidak memikirkan soal keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
"Lebih malang lagi pihak yang mereka mahu lagakan adalah antara kerajaan pilihan rakyat dengan istana," ujarnya.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu menasihatkan UMNO supaya berpada-pada dalam berpolitik. "Jangan hanya kerana kemaruk kuasa, nikmat kesejahteraan yang kita kecapi selama ini mahu dihancurkan dengan sekelip mata," katanya.
Mengenai hubungan antara kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dengan pihak istana, Dr. Ismail menjelaskan bahawa ia berlangsung dalam suasana amat baik. Tuanku Sultan sendiri, kata Dr. Ismail, sedar mengenai permainan pihak tertentu untuk memecahkan keharmonian antara kerajaan negeri dan istana.
"Saya menyeru Pemuda UMNO supaya insaf dan bertaubat, hentikanlah kerja mengadu domba kerana itu adalah kerja syaitan," ujarnya.

Siapa Exco Kedah derhakai Raja?


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat muncul bersama gerombolan 'nangoi-nangoi' Umno umum akan membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya Exco tersebut menghina Sultan. Ia berdasarkan surat layang yang mendakwa Exco tersebut menghina Sultan. Begitulah rendahnya mutu berfikir Pemuda Umno, membuat dakwaan berasaskan surat layang. Jika polis dibenar untuk dibebankan menyiasat isi kandungan surat layang maka eloklah semua surat layang perihal kebejatan pemimpin yang tersebar luas waktu pilihanraya umum dan sewaktu pemilihan Umno sekarang ini dirujukkan ke balai polis. Terpaksalah pula polis mewujudkan sebuah unit khas untuk menyiasat surat layang.

Apa yang dilakukan oleh Haris dan gerombolannya adalah senario semasa yang sedang melanda Umno di seluruh negara iaitu wabak 'report polis'. Atas pelbagai isu, pemimpin dan ahli Umno berulang-alik ke balai polis di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

Secara bergurau seorang sahabat berkata, "Dulu, masa jadi kerajaan Umno sibuk dok hurung projek, bila jadi pembangkang sibuk hurung balai polis, aku ingat simbol keris pada Umno patut diganti dengan simbol balai polis."

Kebetulannya isu derhaka yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kedah itu berlaku sehari selepas calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Ali Rustam mencetuskan kontroversi dengan mengadakan 'ceramah politik' di hadapan Tuanku Sultan Kedah dalam majlis  Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu. Agak memalukan kerana dia hadir berucap sebagai Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, tetapi memberi ucapan seolah-olah berkempen untuk memenangi jawatan penting dalam Umno. Jika Ali berucap di hadapan Sultan Perak, barangkali tidak menjadi hal. Tetapi apabila dia berucap di hadapan Sultan Kedah yang terkenal sebagai seorang raja yang bersikap adil terhadap rakyatnya, maka ucapannya jadi sumbang serta tidak disenangi oleh ramai hadirin.

Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh yang turut hadir mewakili Menteri Besar antara yang tidak senang dengan ucapan Naib Presiden Umno itu lalu membidas, "Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia 'meracau' dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya."

Di samping menyiarkan kecaman Dr. Ismail dalam laman web Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, saya turut menyiarkan petikan tulisan Mohd Fadli Ghani perihal perderhakaan Presiden Umno yang pertama, Dato' Onn Jaafar terhadap Sultan Kedah iaitu Tunku Badlishah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim yang memerintah Kedah sekarang.

Fadli menulis, "Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah (Tunku Badlishah) dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union.

"Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Presiden Umno, Dato' Onn sekali lagi menderhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan.

"Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato' Onn menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

"Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai 'kacang lupakan kulit' dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949."

Rupanya, kisah sejarah yang disiarkan dalam laman web rasmi Urusetia Penerangan itu mendapat sambutan sangat baik dari pembaca. Mereka mencadangkan supaya catatan perderhakaan Umno disenarai dan disebarkan seluas-luasnya. Biar mereka tahu dalam catatan sejarah Umnolah yang paling banyak menderhakai Sultan.

Haris Che Mat dan para Pemuda Umno masih di alam kanak-kanak sewaktu Dr. Mahathir dan Umno mengadakan road show ke seluruh negara pada tahun 1983 bagi meminda perlembagaan untuk membuang kuasa raja-raja. Mereka tidak tahu perihal Tengku Ibrahim 'ditabalkan sebagai Sultan Kelantan' oleh Umno setelah BN kalah kesemua kerusi di Kelantan pada pilihnraya umum ke lapan. Mereka masih 'kanyak' untuk memahami tindakan Umno meminda perlembagaan pada tahun 1993 bagi membuang kuasa raja-raja. Ia didahului dengan perang saraf yang bertalu-talu oleh media talibarut BN mendedahkan keaiban raja-raja Melayu. Berminggu-minggu pihak istana dilondehkan.

Sultan Kedah antara yang teruk diaibkan. Almarhum Dato' Fadzil Noor antara tokoh yang lantang menentang tindakan biadap Umno terhadap raja-raja. Ke mana Sultan Kedah pergi, orang PAS datang berpusu-pusu bertemu baginda. Dalam satu majlis di Masjid Zahir, Alor Setar, keberangkatan baginda disambut ribuan penyokong PAS dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku. Baginda sampai menitiskan air mata terharu. Sebab itulah tidak pelik jika Ustaz Fadzil satu-satunya tokoh yang menerima anugerah Dato' sewaktu menjadi pembangkang.

Hari ini jika isu derhaka diputarkan oleh piring hitam karat Umno, ia hanya mampu membakar semangat Pemuda dan Puteri Umno yang tidak pernah menelek kitab sejarah. Veteran Umno yang jujur dan tidak memutarbelitkan peristiwa lalu seperti Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir, setakat ini masih berani bercakap benar sekalipun terdapat ramai pemimpin Umno yang berpura-pura lupa. Melayu Umno mungkin mudah lupa, tetapi sejarah tidak pernah berbohong.
 
DAPATKAN BERITA TERKINI DI www.wartakedah.com

Tuesday, February 24, 2009

Ali Rustam guna program rasmi untuk kempen politik

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
 
Alor Setar: Calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam telah menyalahgunakan program rasmi yang diadakan di Dewan Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk meningkatkan kredibiliti dirinya bagi memenangi jawatan nombor dua Umno.
Beliau menggunakan kesempatan ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu dengan menabur fitnah terhadap pihak yang kononnya mahu menjatuhkan raja-raja Melayu. Sehubungan itu juga Ali mendakwa Umnolah sahaja yang sebenarnya mahu mempertahankan kedaulatan raja-raja.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh yang turut hadir di majlis itu kesal kerana program berbentuk keilmuan yang diadakan di perpustakaan telah disalahgunakan oleh Ali untuk kepentingan politik sempitnya.
"Sepatutnya dia dapat membezakan antara program rasmi yang melibatkan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dengan program politik," ujar Dr. Ismail kesal.
Beliau yang hadir mewakili YAB Menteri Besar, merasa tidak selesa untuk berada dalam majlis rasmi tetapi dipenuhi dengan ucapan berbaur politik. "Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia 'meracau' dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya."
Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan Dunia Melayu Dunia Islam.
 

Monday, February 23, 2009

PKWR bertindak segera tangani ribut di Pantai Merdeka



Oleh: AZMAN AHMAD

Sungai Petani – Sebanyak sebelas buah rumah musnah atau hampir musnah akibat dipukul ribut yang berlaku di kampung Bukit Kecil, Simpor hari ini. Ribut yang melanda sekitar jam 4.30 petang bersama hujan lebat menyebabkan beberapa keluarga hilang tempat berlindung.

Rosli Darus, Pembantu Khas Wakil Rakyat Pantai Merdeka yang ditemui selepas melawat tempat kejadian memaklumkan, bancian awal mendapati sekitar sebelas buah rumah rosak dan empat daripada rosak teruk. Antara kerosakan yang dialami adalah bumbung diterbangkan angin dan bumbung pecah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tikam Batu bersama sebuah jentera membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang terlibat setelah memastikan tiada mangsa yang cedera.

Seorang mangsa, Long Teh menceritakan kejadian cemas apabila terlihat sebatang pokok pinang menimpa rumah jirannya lantas menjerit memberitahu jirannya. ”Dalam waktu yang sama, tanpa disedari bumbung rumah saya sendiri telah ’hilang’ akibat diterbangkan angin,” ujarnya.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pantai Merdeka yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut terus mengunjungi kawasan terbabit dan menyelaras kerja-kerja pembersihan serta membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bancian kerosakan.

Rosli berharap penduduk yang terlibat supaya bersabar menempuh ujian dari Allah ini. Beliau turut merakamkan ucapan syabas kepada dua orang MKK, Haji Darus Haji Md Isa dan Haji Mohd Taib Ahmad yang turut sama memainkan peranan membantu mangsa.

Rosli berharap JKM akan segera menghulurkan bantuan dan berharap kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan agar dapat menyalurkan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat di talian 04-438 0595 bagi memudahkan penyelarasan barangan keperluan.