Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Monday, May 3, 2010

Program Ziarah YB Ke Mukim Bukit Meriam 30 April 2010

Program Ziarah Ke Mukim Bukit Meriam melibat kampung Sungai Meriam,Pulau Sayak,teluk Amboi,Pantai Merdeka,Bukit Kecil,Matang Tengah dan Kampung Bukit Meriam.Lawatan dan ziarah ini melibatkan Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka,HALWA Dun Pantai Merdeka bersama Ketua-Ketua Kampung.Tujuan lawatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan Yb bersama penduduk setempat serta ziarah kerumah wanga tua yang uzur.Sebanyak 30 hamper disumbang kepada warga tua yang diziarahi.Rata-rata penduduk yang ditemui berasa amat terharu diatas kunjungi ini.














Bencana Ribut di Sungai Petani


Kejadian belaku pada pukul 3 petang 26 april 2010 di kampung Abu Seman, Padang Temusu.Lebih kurang 55 buah rumah menggalami kerosakan akibat dilanda ribut.Gambar diatas,Mohd Rodzi Bin Darus Ketua Kampung sedang menggambil senarai nama penduduk yang rumah dan harta benda mereka mengalami kerosakkan.





Ketua Kelab Penyokong sokong soalan YB Nasir

Dipetik dari www.wartakedah.net

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Soalan 'panas' yang dikemukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa adalah wajar bagi menjelaskan kepada umum mengenai bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuangku Sultan yang mutakhir ini dilihat telah diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu sepertimana yang dipaparkan di akhbar.

ADUN Bandar Baharu, YB Ustaz Yaakub Hussin menjelaskan bahawa YB Mohd Nasir ada hak untuk mengajukan soalan yang dikatakan mempertikai kuasa KDYMM Tuanku Sultan oleh pembangkang (BN).

"Jika diteliti dan fahami betul-betul, soalan ini hanya memerlukan penjelasan serta maklumat agar ADUN lain tak campur tangan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan dan perlu dihormati oleh semua pihak di Kedah mahupun luar Kedah.

"Sekarang ini kita dapat lihat sudah ada tanda-tanda seperti yang tersiar dalam akhbar, kuasa KDYMM Tuanku Sultan telah dicampur tangan dan jika ianya dibiarkan, semakin bertambah, maka ia akan merosakkan hubungan baik antara kerajaan dengan istana," jelas beliau yang juga merupakan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kedah.

Tambah beliau, pembangkang (BN) sengaja mencetuskan kontroversi agar soalan ini tidak jawab bagi menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

"Saya tak fikir soalan yang mudah ini tak difahami oleh mereka (BN), jika soalan ini dibenarkan oleh YB Dato' Speaker mungkin mereka menerima tamparan daripada jawapan itu.

"Dari awal lagi mereka cuba cari jalan untuk pintas daripada soalan ini dijawab agar tidak dibangkitkan dalam dewan, sebab yang terlibat adalah daripada pihak mereka (BN) yang mana mereka membuat provokasi agar imam-imam tidak mengisi borang M4," ujar beliau.