Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Thursday, July 17, 2008

Pusat Komuniti demi membantu Kerajaan Neegri

Penduduk Taman Seri Jenaris, Tikam Batu berjaya menubuhkan sebuah pusat komuniti bagi menyelaraskan aktiviti kemasyarakatan penduduk taman tersebut. Dijemput untuk merasmikan pembukaan pusat tersebut, beberapa perkara disentuh sebagai cadangan atau saranan untuk kebaikan bersama. Antaranya melahirkan harapan agar penubuhan pusat komuniti akan mengembalikan amalan kekeluargaan yang pernah menjadi tunjang cara hidup bermasyarakat generasi terdahulu. Sikap sentiasa memantau dan menegur kelakuan negatif anak-anak muda tanpa mengira 'anak siapa' perlu dikembalikan sebagai amalan setiap anggota masyarakat.

Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik diharap dapat berperanan menarik penduduk setempat untuk menjalin kerjasama tanpa mengira fahaman politik. Sebarang permohonan atau tuntutan kepada kerajaan negeri lebih berkesan sekiranya dibuat secara berkumpulan. Kerajaan negeri pula akan berusaha sedaya upaya untuk bersikap adil dalam memenuhi sebarang tuntutan oleh mereka yang layak.

Selain itu sesuatu maklumat yang diterima hendaklah terlebih dahulu dipastikan kesahihannya khususnya yang berhubungkait dengan kerajaan negeri. Dalam situasi sekarang apabila media perdana ditadbir dan diuruskan oleh mereka yang tidak beramanah, rakyat terdedah dengan berita-berita propaganda dan fitnah. Kerajaan negeri tidak terlepas dari menjadi mangsa. Sehubungan itu, pusat komuniti yang diwujudkan menjadi sumber mendapatkan maklumat yang sahih melalui hubungan yang rapat antara pusat komuniti dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Pantai Merdeka. Sebarang maklumat akan dapat disalurkan oleh PKWR dengan lebih efektif.


Selepas perasmian masa diluangkan melihat gambar-gambar aktiviti yang pernah dijalankan oleh penduduk di ruang pameran. Tidak ketinggalan sesi bergambar bersama AJK Persatuan Penduduk.

No comments: