Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Sunday, July 6, 2008

Penghulu tidak hadir perjumpaan.

Satu perjumpaan dengan ketua kampung mukim-mukim dalam DUN Pantai Merdeka telah dijadualkan pada jam 3.30 petang tadi di Pejabat Peladang Kawasan Kuala Muda Selatan. Perjumpaan yang bertujuan membincangkan perkara berkaitan perlantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) ini diatur oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka.

Penghulu-penghulu yang terlibat ialah Penghulu Mukim Pekula, Mukim Simpor, Mukim Kota Kuala Muda dan Mukim Bukit Meriam.

Rombongan PKWR disertai 4 ahli telah tiba seawall jam 3.15 petang. Malangnya setelah sejam menunggu, kelibat semua penghulu berkenaan langsung tidak kelihatan tanpa sebarang pemberitahuan. Jam 4.25 petang, rombongan beredar dari PPK Kuala Muda Selatan menuju ke pejabat PKWR DUN Pantai Merdeka.


Tunggu punya tunggu. Bayang penghulu pun tak kelihatan


Menurut pegawai PKWR yang mengurus perjumpaan ini, Tuan Hj. Kadir, beliau berjumpa sendiri dengan Penghulu Mukim Pekula dan Simpor bagi menghantar surat makluman. Beliau turut memaklumkan pernah menghubungi Penghulu Mukim Sungai Petani untuk mendapatkan nombor telefon penghulu-penghulu berkenaan. Malangnya, penghulu tersebut bukan sahaja tidak memberikan nombor telefon yang diminta malah melayan panggilan secara kasar dan tidak berakhlak.

Agak dikesalkan dengan sikap penghulu-penghulu berkenaan. Memandangkan mereka adalah pegawai-pegawai kerajaan negeri sepatutnya menunjukkan sikap hormat kepada wakil kerajaan negeri tetapi bersikap sebaliknya.

Tidak pasti juga kalau-kalau disebabkan perbezaan fahaman politik.
DICATAT OLEH ABDULLAH BIN JUSOH DI 7/05/2008 09:56:00 PM

2 comments:

aaz said...

Penghulu yangtak hormat kena pecat

GEMILANG UTARA said...

Salam.
minta maaf kerana dah terlewat daripada tarikh.memang mudah cakapa untuk apa urusan pun.Penghulu juga ada tanggungjawab lain yang perlu dibereskan atau didahului. Sebagai penduduk yang tinggal di Pekan Tikam Batu, saya nampak Wakil rakyat amat sombong, bongkak dan bercakap kasar dengan orang lain. S/U yang tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya dipilih berbanding YBnya yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Bagaimana kita hendak memperbaiki keadaan jika berterusan begini? Saya sebagai pengundi dalam DUN Pantai Merdeka amat berharap YB lebih banyak turun melawat kawasan dan pastikan konco2 yang ada disekeliling tidak menunjukkan perangai sebagai bukan Islam seperti bermain mahjong di kedai belakang, tikam nombor ekor, bawa pondan dsbnya.Inilah yang dilakukan oleh segelintir ahli dan penyokong setia YB N27. Kerana nila setitik, habis susu sebelanga.
TQ