Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Sunday, May 11, 2008

Rumah terbakar




2 May 2008, Jam 5.45 petang, Pusat Khidmat menerima berita sebuah rumah milik amilin PAS sedang terbakar di Jalan Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah. Amilin tersebut adalah Zulhazmi Bin Mohammad bersama Isteri Wahida Bt Mohamed Yusuf merupakan aktivis PAS kawasan Sungai Petani. Zulhazmi yang juga setiausaha PAS Cawangan Pantai Merdeka adalah ahli Unit Amal Kedah manakala Isteri beliau Pn Wahida adalah merupakan setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani, Setiausaha Nisa' negeri kedah juga bertugas sebagai Guru PASTI. Pasangan ini baru menyambut kelahiran anak mereka yang pertama kira-kira 2 bulan lepas.


Rumah yang didiami pasangan tersebut bersama ibu Zulhazmi serta 3 orang lagi adik Zulhazmi hangus terbakar keseluruhannya ketika mereka sekeluarga tiada dirumah kerana melawat saudara yang baru dikurniakan cahayamata.


Api berjaya dipadamkan sekitar 6.30 petang oleh anggota BOMBA dan Penyelamat dari Balai BOMBA Tikam Batu. BOMBA mengambll masa kira2 30 minit untuk memadam api memandangkan kawasan tersebut tidak dilengkapi Pili BOMBA. pasukan BOMBA terpaksa mengepam air dari telaga yang terletak di Pantai Merdeka kira-kira 1 km dari tempat kejadian.


YB Cikgu Lah, yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut telah melawat mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan segera bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung Zulhazmi. Pada kesesokkannya YB Ustzah Aishah yang juga EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri Kedah telah turut melapangkan masa melawat mangsa.


Sehingga berita ini ditulis, kerja pembinaan semula rumah dimulai dengan pembersihan tapak telah selesai dan menanti sumbangan untuk membina semula rumah pasangan tersebut. Untuk menyalurkan bantuan, sila hubungi Sdr. Rosli Bin Darus 0195674681 (setiausaha PAS Kawasan Sg Petani) atau Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka 04-4387368 - aaz

No comments: