Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Tuesday, October 14, 2008

Yayasan Aman meraikan Aidil Fitri

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


SUNGAI PETANI – Pelbagai pihak tampil sebagai badan dalam membantu
golongan yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban mereka di
samping menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Aman adalah sebuah pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) ditubuhkan bertujuan membantu golongan kurang bernasib
baik dan miskin. Sebagai sebuah badan yang melakukan kerja-kerja amal
dan sosial, yayasan ini telah menganjurkan 'Jamuan Aidilfitri'
baru-baru ini di perkarangan Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang,
Sungai Petani.

Dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah, majlis
berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada penduduk setempat yang terdiri daripada masyarakat Melayu,
Tionghua dan India.

Para tetamu yang datang disambut dengan mesra oleh pihak penganjur
serta dijamu dengan pelbagai juadah yang menambat hati para jemputan
seperti nasi Bombay, kari daging, popiah, laksa Kelantan, ketupat
serta rendang dan mee goreng istimewa.

Selaku Pengarah Yayasan Aman Negeri Kedah merangkap Ketua Angkatan
Muda Keadilan Negeri Kedah, Saiful Izham Ramli menjelaskan kepada para
tetamu pada ucapan aluannya, setelah 50 tahun, Pakatan Rakyat berjaya
menubuhkan kerajaan baru di negeri Kedah yang dipilih oleh rakyat
bertekad menjadikan Yayasan Aman sebagai pembantu utama kepada
kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di negeri Kedah serta
memastikan Kedah tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

"Kita bersifat sebagai pelengkap kepada segala program yang dilakukan
oleh kerajaan, khususnya kerajaan negeri Kedah, bertekad sebagai
sebuah agensi bukan kerajaan menjadi pembantu utama kepada kerajaan
dalam membasmi kemiskinan di negeri Kedah," jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar turut
menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Sebagai kerajaan yang baru
dibentuk pada Mac lalu, bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan oleh rakyat untuk kepentingan dan keselesaan seluruh rakyat
negeri Kedah. Kerajaan juga akan memastikan agihan harta negeri dapat
diagihkan sama rata kepada semua rakyat Kedah tanpa melibatkan
sebarang monopoli daripada mana-mana pihak.

"Sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, kami Pakatan
Rakyat bertugas untuk memberi kepentingan dan keselesaan kepada
seluruh rakyat di negeri Kedah," kata beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Bahron, Ketua Perhubungan
PKR Negeri Kedah, YB Senator Ir Mohd Zamri Yusuf, Ahli Parlimen
Merbok, Dato' Rashid Din serta ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan Negeri
Kedah.

Kelihatan kanak-kanak yang datang pada majlis tersebut begitu gembira
kerana diraikan oleh pihak penganjur dengan pemberian duit raya.

No comments: