Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Monday, October 13, 2008

Jangan risau jika anak kurang cerdik di zaman kanak-kanak

12 Oktober – "Perkembangan otak seorang manusia amat terhad masanya
DNA perlu dipupuk dengan baik kerika kanak-kanak. Sebarang ilmu yang
di ajar ketika kanak-kanak akan membentuk tumbesarannya," demukian
antara ucapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr
Ismail Salleh, Exco sewaktu merasmikan majlis penutup sesi Uji Bakat
PASTI Kawasan Sungai Petani yang diadakan di Dewan MPSP, Tikam Batu
hari ini.

Menurut Dr. Ismail, ibubapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka
kurang aktif semasa kecil kerana perkembangan otak sentiasa berlaku
sehingga kanak-kanak itu berumur 12 tahun.

Seseorang kanak-kanak yang kurang cerdik boleh bertukar menjadi
seorang yang pintar apabila dewasa kerana perkembangan otak ini.
Beliau mengambil contoh saintis terkenal Einstein yang pada zaman
kanak-kanaknya adalah seorang yang tidak tahu membaca dan nakal tetapi
kini otaknya disimpan setelah beliau meninggal dunia kerana
kepintarannya.

Dalam Ujibakat PASTI ini sebanyak tujuh acara iaitu acara hafalan doa,
hafalan surah, bercerita dari kisah-kisah Al-Quran, azan Subuh,
khutbah, sajak dan nasyid telah dipertandingkan dikalangan
pelajar-pelajar PASTI yang berumur 5 dan 6 tahun. Seramai lebih kurang
150 orang peserta telah mengambil bahagian yang mewakili 27 buah PASTI
cawangan seluruh kawasan Sungai Petani.

Sessi Ujibakat ini diadakan setiap tahun bagi memlih wakil yang akan
mewakili kawasan ke Ujibakat PASTI peringkat negeri Kedah yang akan
diadakan pada 18hb Oktober nanti.

Turut hadir didalam majlis tersebut adalah Ustaz Yusuf Awang, Ketua
Dewan Pemuda Kawasan Sungai Petani dan Azman Ahmad Pengarah Jabatan
PASTI Kawasan Sungai Petani.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang
telah menunjukkan kebolehan masing-masing didalam acara yang
dipertandingkan.

No comments: