Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Monday, September 29, 2008

Rutin harian YB Cikgu Lah sepanjang Ramadhan


Oleh Izwan Abdul Halim

KOTA KUALA MUDA: Sungguhpun mempunyai jadual yang padat selaku Exco
Kerajaan Negeri disamping perlu memenuhi aturcara wajib, namun
tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada penduduk di dalam Dun beliau
tetap ditunaikan.

Begitulah rutin Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Dan Koperasi,
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri, YB Tuan Haji Abdullah Jusoh.
Beliau yang juga Adun Pantai Merdeka sentiasa meluangkan masa untuk
menguruskan hal ehwal penduduk di dalam Dun beliau.

Malah ketika pemandunya silih berganti kerana kepenatan menjalani
ibadah puasa serta terpaksa menempuh jarak perjalanan jauh setiap
hari, beliau tetap tegar dengan amanahnya sebagai wakil rakyat
memenuhi setiap jemputan mengimarahkan aktiviti di bulan mulia ini.

Selain memenuhi undangan berbuka puasa, bertarawikh dan menyampaikan
tazkirah Ramadhan di masjid dan surau serta markaz parti, YB turut
mengadakan ziarah melawat orang sakit dan kematian. Malah masjid dan
surau menjadi tempat pertemuan utama beliau untu bertemu masyarakat.

Selain itu, beliau turut memastikan petugasnya di Pusat Khidmat Wakil
Rakyat Pantai Merdeka memberikan perhidmatan terbaik kepada penduduk
yang datang berurusan. YB Abdullah juga sering turun padang meninjau
penduduk yang ditimpa musibah sepertimana kejadian banjir melanda
Kuala Muda baru-baru ini.

Menjelang Syawal yang bakal menjelma, perhatian kepada penduduk yang
kurang bernasib baik serta fakir miskin turut diberikan melalui
sumbangan barangan keperluan serta zakat hasil sumbangan orang ramai
serta agensi-agensi kerajaan.

1 comment:

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam...

Tahniah kepada YB, Cadangan untuk Ramadhan tahun depan, InsyAllah jika umur panjang iaitu lepas buka posa solat taraweh sekali dengan anak kariah masjid.