Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Saturday, July 26, 2008

Hakisan Pantai di Pulau Sayak


26 Julai - Kejadian hakisan pantai di Kampung Pulau Sayak kini menjadi semakin seriuos sejak kebelakangan ini. Pantai yang dimaksudkan terletak di kampung tersebut berhampiran dengan tempat melihat anak bulan.

Pegawai Khas ADUN Pantai Merdeka, Sdr Rosli Darus dalam tinjauannya mendapati hakisan itu semakin teruk sehinggakan benteng yang dibina oleh peniaga berhampiran pantai tersebut turut runtuh.

Penulis yang pernah mengunjungi pantai tersebut juga terkejut kerana sebelum ini pantai itu behgitu landai dan luas, kini pantai berhampiran gerai Mee Udang tersebut nampak merbahaya kerana tanah runtuh akibat hakisan ombak.

Menurut peniaga gerai tersebut, hakisan itu semakin teruk sejak aktiviti menyedut pasir dijalankan ditengah laut berhadapan persisiran pantai tersebut. walaupun pun jauh dari tepi pantai, namun kesannya membawa kepada tanah runtuh dan hakisan di sepanjang persisiran pantai.

Menurut seorang pengunjung, Sdr. Mukhzani Desa 34, beliau sering kesini menjamu selera dan merasa terkejut dengan keadaan yang berlaku dalam sedikit masa. "Dulu pantai ni landai dan boleh nampak dari tempat letak kereta, tapi la ni tak nampak dah, yang nampak hanya tebing curam" katanya.

Menurutnya lagi, beliau kuatir keselamatan pengunjung memandangkan pasir disitu nampaknya 'disedut' bersama setiap kali ombak menghempas pantai.

Rosli dalam temubualnya, menyatakan perkara ini tidak seharusnya dibiarkan dan kajian terhadap alam sekitar perlu dijalankan sebelum dan semasa projek dijakankan. Ini bagi mengelakkan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.

Fwd: Rumah Orang Tua Tanpa Waris Dilanda Ribut

26 Julai - Sebuah rumah rosak sebahagian bumbung akibat dilanda ribut dalam kejadian ribut petang Khamis lepas. Rumah tersebut yang merupakan rumah orang-orang tua tanpa waris terletak di dalam Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah. Saad Bin Abdullah, yang mendiami rumah tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecerderaan didalam kejadian tersebut.
 
Pegawai khas ADUN Pantai Merdeka Sdr. Rosli Darus, dlm kunjungannya telah rumah orang tua tanpa waris kg pulau saya dalam lawatannya meryatakan, kawasan yg didiami oleh orang-orang tua ini terletak dibawah seliaan Pejabat Jabatan Kebajikan Daerah Kuala Muda dan berjanji akan merujuk perkara tersebut kepada JKM esok untuk tindakan selanjutnya. Rosli dalam kenyataannya berpendapat, JKM sepatutnya menempatkan seorang pegawai atau penyelia bagi tujuan memantau dan menguruskan rumah orang-orang tua tersebut sebagaimana pengurusan lain-lain pusat penempatan kebajikan. Menurutnya kawasan ini pernah terlibat didalam kejadian Tsunami tahun 2004 dan seharusnya semua penghuni rumah orang-orang tua ini dipindahkan ketempat yang lebih selesa dan selamat.
 
 

 


Thursday, July 17, 2008

Pusat Komuniti demi membantu Kerajaan Neegri

Penduduk Taman Seri Jenaris, Tikam Batu berjaya menubuhkan sebuah pusat komuniti bagi menyelaraskan aktiviti kemasyarakatan penduduk taman tersebut. Dijemput untuk merasmikan pembukaan pusat tersebut, beberapa perkara disentuh sebagai cadangan atau saranan untuk kebaikan bersama. Antaranya melahirkan harapan agar penubuhan pusat komuniti akan mengembalikan amalan kekeluargaan yang pernah menjadi tunjang cara hidup bermasyarakat generasi terdahulu. Sikap sentiasa memantau dan menegur kelakuan negatif anak-anak muda tanpa mengira 'anak siapa' perlu dikembalikan sebagai amalan setiap anggota masyarakat.

Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik diharap dapat berperanan menarik penduduk setempat untuk menjalin kerjasama tanpa mengira fahaman politik. Sebarang permohonan atau tuntutan kepada kerajaan negeri lebih berkesan sekiranya dibuat secara berkumpulan. Kerajaan negeri pula akan berusaha sedaya upaya untuk bersikap adil dalam memenuhi sebarang tuntutan oleh mereka yang layak.

Selain itu sesuatu maklumat yang diterima hendaklah terlebih dahulu dipastikan kesahihannya khususnya yang berhubungkait dengan kerajaan negeri. Dalam situasi sekarang apabila media perdana ditadbir dan diuruskan oleh mereka yang tidak beramanah, rakyat terdedah dengan berita-berita propaganda dan fitnah. Kerajaan negeri tidak terlepas dari menjadi mangsa. Sehubungan itu, pusat komuniti yang diwujudkan menjadi sumber mendapatkan maklumat yang sahih melalui hubungan yang rapat antara pusat komuniti dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Pantai Merdeka. Sebarang maklumat akan dapat disalurkan oleh PKWR dengan lebih efektif.


Selepas perasmian masa diluangkan melihat gambar-gambar aktiviti yang pernah dijalankan oleh penduduk di ruang pameran. Tidak ketinggalan sesi bergambar bersama AJK Persatuan Penduduk.

Sunday, July 6, 2008

Penghulu tidak hadir perjumpaan.

Satu perjumpaan dengan ketua kampung mukim-mukim dalam DUN Pantai Merdeka telah dijadualkan pada jam 3.30 petang tadi di Pejabat Peladang Kawasan Kuala Muda Selatan. Perjumpaan yang bertujuan membincangkan perkara berkaitan perlantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) ini diatur oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka.

Penghulu-penghulu yang terlibat ialah Penghulu Mukim Pekula, Mukim Simpor, Mukim Kota Kuala Muda dan Mukim Bukit Meriam.

Rombongan PKWR disertai 4 ahli telah tiba seawall jam 3.15 petang. Malangnya setelah sejam menunggu, kelibat semua penghulu berkenaan langsung tidak kelihatan tanpa sebarang pemberitahuan. Jam 4.25 petang, rombongan beredar dari PPK Kuala Muda Selatan menuju ke pejabat PKWR DUN Pantai Merdeka.


Tunggu punya tunggu. Bayang penghulu pun tak kelihatan


Menurut pegawai PKWR yang mengurus perjumpaan ini, Tuan Hj. Kadir, beliau berjumpa sendiri dengan Penghulu Mukim Pekula dan Simpor bagi menghantar surat makluman. Beliau turut memaklumkan pernah menghubungi Penghulu Mukim Sungai Petani untuk mendapatkan nombor telefon penghulu-penghulu berkenaan. Malangnya, penghulu tersebut bukan sahaja tidak memberikan nombor telefon yang diminta malah melayan panggilan secara kasar dan tidak berakhlak.

Agak dikesalkan dengan sikap penghulu-penghulu berkenaan. Memandangkan mereka adalah pegawai-pegawai kerajaan negeri sepatutnya menunjukkan sikap hormat kepada wakil kerajaan negeri tetapi bersikap sebaliknya.

Tidak pasti juga kalau-kalau disebabkan perbezaan fahaman politik.
DICATAT OLEH ABDULLAH BIN JUSOH DI 7/05/2008 09:56:00 PM

Monday, June 9, 2008

Gotong Royong membina rumah

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan serta Persatuan Belia Sejahtera telah mendapat bantuan tenaga dari Rejimen Askar Wataniah Kem Lapangan Terbang Sungai Petani bagi membina semula sebuah rumah yang musnah didalam kebakaran baru-baru ini.

Kerjasama tersebut yang diusahakan oleh Persatuan Belia Sejahtera setelah semua bahan binaan yang diperlukan terkumpul hasil sumbangan orangramai. Rumah tersebut musnah keseluruhannya didalam satu kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

ADUN Pantai Merdeka YB Hj Abdullah Jusoh bagaimanapun tidak dapat bersama didalam gotong royong tersebut kerana berada di Mekah bersama rombongan YAB Menteri Besar Kedah.


Klinik UPSR

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka dengan kerjasama Majlis Guru PASTI Kawasan Sungai Petani dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani telah berjaya menganjurkan satu Klinik UPSR bagi memberi motivati dan kaedah-kaedah serta tips menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakan menduduki peperiksaan tersebut September nanti. Surat jemputan diedarkan kepada seluruh sekolah-sekolah sekitar tikam batu dan Kota Kuala Muda sejak sebulan yang lalu. Penyertaan seramai lebih dari 180 orang pelajar sudah cukup memenuhi hamper keseluruhan Dewan MPSP Tikam Batu.





Dari reaksi ibubapa yang turut hadir, antaranya mengucapkan tahniah dan syabas kerana PAS mempunyai inisiatif mengadakan program seumpama ini dan ada yang berharap agar dapat mengadakan program yang sama untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM.

Majlis penutup klinik UPSR ini telah disempurnakan oleh YB Cikgu Johari Abdullah, ADUN Kupang sebagai mewakili YB HJ Abdullah Jusoh EXCO Pendidikan yang berada di Mesir bersama rombongan YAB Menteri Besar Kedah.

Pihak penganjur turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada MPSP yang membenarkan penggunaan Dewan MPSP ini.

Saturday, May 24, 2008

Lawatan ke Kampung Berapit dan Hutan Gelam

Jumaat - 23 May 2008, YB Cikgu Lah telah berkelapangan menziarahi penduduk kampung yang keuzuran dan fakir miskin. Dalam sessi lawatan YB tersebut, sebanyak 11 orang penduduk yang uzur sempat diziarahi.











Lawatan tersebut turut disertai bersama Setiausha Politik 2 YB, Sdr. Rosli Darus, Timbalan YDP Kawasan Sg Petani, Tn Hj Abdul Rahman Salleh serta Pimpinan Cawangan Tn Hj Mohd Isa Mahmud dan Sdr. Ishak Ismail.





YB Cikgu lah juga berkesempatan menghadiri majlis perasmian penubuhan Pakatan Pemuda Kampung Berapit serta penyerahan jersi bolasepak kepada Ketua Pakatan Pemuda.

Seterusnya YB Cikgu Lah dijemput memberikan kuliah sebelum Solat Jumaat di Masjid Kmapung Berapit.