Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Saturday, May 17, 2008

Kelas Seni Mempertahankan Diri


15 May 2008 - Pusat Khidmat Wakil Rakyat bersama Urusan Pengundi Muda DUN Pantai Merdeka telah menubuhkan kelas Seni Mempertahankan Diri dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Gayung Pesaka Malaysia yang bertempat di Dewan MPSP Tikam Batu.

Kelas tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Hj Abdullah Jusoh, ADUN Pantai Merdeka dan upacara 'mandi limau' telah dijalankan oleh seorag guru silat yang tidak asing lagi di Kedah iaitu Cikgu Majid pada hari ni.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh tidak kurang dari 60 orang peserta. Walaubagaimana pun dimaklumkan borang permohonan yang diterima melebih 80 borang. Kelas seni mempertahankan diri ini ditubuhkan bagi mengisi masa lapang dan memantapkan kesihatan serta kecergasan diri. Selain dari itu, kelas ini juga bermatlamat menjauhkan diri para peserta dari gejala sosial yang sedang menular sekarang.

Kelas ini akan mengadakan latihan pada setiap hari Khamis bermula jam 9.00 malam di Dewan MPSP Tikam Batu. Kelas ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutama remaja dari 7 ~ 20 tahun.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat juga bercadang mengadakan kelas yang dikhaskan untuk wanita memandangkan permintaan dari wanita juga tinggi.



Kepada ibubapa dan waris yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai kelas ini boleh lah berhubung dengan Sdr. Badron Hisham bin Bahari 019 - 465 3088 atau PKWR 04 - 438 7368.

aaz

Friday, May 16, 2008

KLINIK UPSR

PUSAT KHIDMAT DUN PANTAI MERDEKA DENGAN KERJASAMA JABATAN PEMBANGUNAN PELAJAR (JPP) DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SG.PETANI AKAN MENGADAKAN KLINIK UPSR SEPERTI MAKLUMAT DI BAWAH:
KEPADA PARA WARIS YANG BERHAJAT UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK KE PROGRAM TERSEBUT, SILA HUBUNGI SDR.MOHD YUSUF BIN HJ ISMAIL DI TALIAN 0125890043 UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Tarikh : 31 May 2008 & 1 Jun 2008
Masa : 8.00 pagi – 1.30 tgh (Hari Pertama)
8.00 pagi – 3.30 tgh (Hari Kedua)
Tempat : Dewan MPSP Tikam Batu
Kemudahan Disediakan : Makan, minum, file dan pensil disediakan
Yuran Penyertaan : RM 40.00 untuk 4 matapelajaran UPSR
Tarikh Tutup Penyertaan : 21 May 2008

Thursday, May 15, 2008

Sumbangan dana untuk tabung PKWR

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka (PKWR N27) melancarkan DVD nostalgia catatan pilihanraya ke-12 DUN Pantai Merdeka. DVD tersebut di terbitkan sebagai hadiah kepada semua pejuang-pejuang dan petugas serta pengundi Barisan Rakyat didalam Pilihnaraya yang lepas. Sumbangan sebanyak RM10 akan diberikan sekeping DVD bagi mengisi tabung Dana PKWR N27 memandangkan PKWR terpaksa bergerak dalam keadaan tabung yang 'kering'.

DVD tersebut antara lain menyelitkan suasana Brainstorm PAS Kawasan Sungai Petani, Hari penamaan calon Parlimen Sungai Petani, sepanjang tempoh kempen dan susana di pusat-pusat mengundi seluruh DUN Pantai Merdeka pada tarikh keramat 8hb Mac 2008. Juga dimasukkan suasana kemenangan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dan di Kompleks PAS Kedah apabila PAS diumumkan memerintah negeri Kedah.

Kepada yang berminat untuk menyumbang boleh la berbuat demikian di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka atau hubungi Sdr. Rosli Bin Darus, Pegawai Khas ADUN di talian 019-567 4681 atau e-mail pkwrn27@gmail.com

aaz

Sunday, May 11, 2008

Rumah terbakar




2 May 2008, Jam 5.45 petang, Pusat Khidmat menerima berita sebuah rumah milik amilin PAS sedang terbakar di Jalan Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah. Amilin tersebut adalah Zulhazmi Bin Mohammad bersama Isteri Wahida Bt Mohamed Yusuf merupakan aktivis PAS kawasan Sungai Petani. Zulhazmi yang juga setiausaha PAS Cawangan Pantai Merdeka adalah ahli Unit Amal Kedah manakala Isteri beliau Pn Wahida adalah merupakan setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani, Setiausaha Nisa' negeri kedah juga bertugas sebagai Guru PASTI. Pasangan ini baru menyambut kelahiran anak mereka yang pertama kira-kira 2 bulan lepas.


Rumah yang didiami pasangan tersebut bersama ibu Zulhazmi serta 3 orang lagi adik Zulhazmi hangus terbakar keseluruhannya ketika mereka sekeluarga tiada dirumah kerana melawat saudara yang baru dikurniakan cahayamata.


Api berjaya dipadamkan sekitar 6.30 petang oleh anggota BOMBA dan Penyelamat dari Balai BOMBA Tikam Batu. BOMBA mengambll masa kira2 30 minit untuk memadam api memandangkan kawasan tersebut tidak dilengkapi Pili BOMBA. pasukan BOMBA terpaksa mengepam air dari telaga yang terletak di Pantai Merdeka kira-kira 1 km dari tempat kejadian.


YB Cikgu Lah, yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut telah melawat mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan segera bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung Zulhazmi. Pada kesesokkannya YB Ustzah Aishah yang juga EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri Kedah telah turut melapangkan masa melawat mangsa.


Sehingga berita ini ditulis, kerja pembinaan semula rumah dimulai dengan pembersihan tapak telah selesai dan menanti sumbangan untuk membina semula rumah pasangan tersebut. Untuk menyalurkan bantuan, sila hubungi Sdr. Rosli Bin Darus 0195674681 (setiausaha PAS Kawasan Sg Petani) atau Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka 04-4387368 - aaz

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PANTAI MERDEKA

Bagi memenuhi kemenangan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan pengundi-pengundi DUN Pantai Merdeka, ADUN Pantai Merdeka, YB Hj. Abdullah Jusoh telah membuka Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang ditempatkan di No.111, Jalan Butterworth, 08600 Tikam Batu, Kedah Darul Aman.


Terletak didalam Pekan Tikam Batu, merupakan pusat bagi DUN Pantai Merdeka. DUN Pantai Merdeka terdiri dari 19 daerah mengundi bermula dari Padang Temusu di utara sehingga lah ke Kampung Tikam Batu di Selatan dan Dari Pekula di timur sehinggalah Bukit Kecil Pantai Merdeka di Barat.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat ini dilengkapi pejabat, talipon, fax serta talian Internet bagi memudahkan segala maklumat disampaikan kepada Wakil Rakyat. Pusat Khidmat boleh dihubungi melalui nombor talipon 04-438 7368 atau e-mail pusat_khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com atau pkwrn27@gmail.com


Bagi memudahkan orangramai mendapatkan khidmat Wakil Rakyat, terdapat petugas yang bertugas tetap di pusat ini. Sdr. Rosli Bin Darus (019 567 4681) dan Hj Kadir Bin Din (019 461 5157).


Pusat Khidmat Wakil Rakyat juga amat mengharap sokongan dan maklumat serta pandangan bagi mengangani masalah serta memperbaik kehidupan rakyat agar rakyat dapat menikmati kesejahteraan dari pamerintahan Kerajaan Kedah,


-aaz