Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Perjumpaan YB Adun Pantai Merdeka dengan pemain DPM FC









Dun Pantai Merdeka FC ditubuhkan bagi meyertai Pertandingan Bolasepak Piala YAB MB Kedah.Pasukan ini yang dipengerusikan oleh YB sendiri, pengurusnya Sdr Mat Isa Osman(Mat Besi)dan jurulatihnya Sdr Mahamud Harun.Turut terlibat dalam pentadbiran,Sdr Zakaria Hussain,Hj.Abd Kadir,Mohd Yusof,Sdr Saiful Azli dan Sdr Mohamad Che Su.Pasukan ini telah menjalani latihan dan beberapa pertandangan persahabatan sebelum keperlawanan peringkat Zon pada 22 Mei 2010.Dalam Majlis tersebut YB telah menyerahkan Jersi kepada permain.Dalam Ucapan beliau,YB meyeru kepada pemain agar bermain dengan bersungguh sungguh dan berharap memperolehi kejayaan.Hazir bersama dalam majlis ini Sdr Badron Hisham Ahli Majlis dan Hj Othman Itam Ketua Kampung, Kg. Pegawai.

Dalam Perlawanan Zon 5 pada 22 Mei 2010 diMini Stadium Guar Cempedak, DPM FC telah menjadi naib johan.YB Adun mengucapkan tahniah kepada pemain dan jurulatih serta pengurus dan pegawai yang terlibat.Pada 5 Jun 2010 DPM FC akan ke Stadium Suka Memanti untuk pelawanan penentuan keseparuh Akhir.

YB.TuanHj.Abdullah Jusoh Adun Pantai Merdeka ziarah india meninggal




Pada Jumaat 21 Mei yang Lalu, YB berkesempatan menziarah keluarga mendiang di Taman Pinang Tunggal.Turut bersama beliau Sdr Rosli Darus Pembantu Khas YB dan Ketua Kampung En Mohd Yusof Wahab,YB Mengucapkan Takziah dan memberi sedikit sumbangan kepada keluarga mendiang.

Majlis sumbangan Skim Kafalah di Dun Pantai Merdeka 21 Mei 2010












Majlis ini diadakan pada hari jumaat 21 hb Mei 2010 bertempat diMasjid Kota Raja, Kota Kuala Muda.Majlis bermula pada jam 11 pg dengan ucapan oleh YB Adun Pantai Merdeka Tuan Hj Abdullah Jusoh.Seramai 35 orang waris hazir untuk menerima sumbangan tersebut.Sumbangan disampaikan oleh YB diiringi oleh Penghulu mukim Bkt Meriam En Nazri Ahmad dan Penghulu Mukim Simpor En Fazaidi Saidin.Ahli Majlis Sdr Badron Hisham,Sdr Rosli Darus dan ketua ketua kampung juga hazir dalam majlis yang serba ringkas itu.Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Masjid Kota Raja.

Pusat Khidmat Wakil Dun Pantai Merdeka mengucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang terlibat dalam majlis tersebut.

Melawat mangsa ribut,18 Mei 2010











Kejadian berlaku pada jam 11.30pg di 4 buah kampung yang berlainan.Kampung yang terlibat,Kg Bkt Kecik,Kg Jln Pengkalan,Kg Simpor Tambang dan Kg Rantau Panjang.YB Adun Pantai Merdeka Tuan Hj Abdullah Jusoh bersama isteri meluangkan masa melawat mangsa pada sebelah petang hari kejadian dan turut menyanpaikan sumbangan.Turut Mengiring beliau Sdr Rosli Darus Pembantu Khas dan Ketua kampung yang terlibat Hj Darus dari Kg Bkt Kecik dan En Jaffar dari Kg Simpor Tambang

Majlis Sumbangan kepada mangsa ribut,Kg Abu Seman 16 Mei 2010






Majiis ini diadakan diperkarangan surau Kg Abu Seman,Padang Temusu.Kejadian ini berlaku pada 26 Apr 2010,lebih kurang 60 buah rumah yang terlibat.Pada 27 Apr 2010 YAB MB melapangkan masa untuk melawat mangsa dan diatas keperihatin YAB,beliau telah memberi sumbangan bagi meringgankan beban mangsa.Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Tuan Hj Abdullah Jusoh Adun Pantai Merdeka dan isteri dalam majlis yang ringkas.Turut hazir dalam majlis ini,Sdr.Rosli Darus Pembantu Khas YB,Sdr Badron Hisham Ahli Majlis,Sdr Saiful Azli S/U PKWR,Ketua Kampung Ahmad Rodzi dan Azman Hashim dan ketua cawangan Pdg Temusu Ust Fadzli.