Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Perjumpaan YB Adun Pantai Merdeka dengan pemain DPM FC









Dun Pantai Merdeka FC ditubuhkan bagi meyertai Pertandingan Bolasepak Piala YAB MB Kedah.Pasukan ini yang dipengerusikan oleh YB sendiri, pengurusnya Sdr Mat Isa Osman(Mat Besi)dan jurulatihnya Sdr Mahamud Harun.Turut terlibat dalam pentadbiran,Sdr Zakaria Hussain,Hj.Abd Kadir,Mohd Yusof,Sdr Saiful Azli dan Sdr Mohamad Che Su.Pasukan ini telah menjalani latihan dan beberapa pertandangan persahabatan sebelum keperlawanan peringkat Zon pada 22 Mei 2010.Dalam Majlis tersebut YB telah menyerahkan Jersi kepada permain.Dalam Ucapan beliau,YB meyeru kepada pemain agar bermain dengan bersungguh sungguh dan berharap memperolehi kejayaan.Hazir bersama dalam majlis ini Sdr Badron Hisham Ahli Majlis dan Hj Othman Itam Ketua Kampung, Kg. Pegawai.

Dalam Perlawanan Zon 5 pada 22 Mei 2010 diMini Stadium Guar Cempedak, DPM FC telah menjadi naib johan.YB Adun mengucapkan tahniah kepada pemain dan jurulatih serta pengurus dan pegawai yang terlibat.Pada 5 Jun 2010 DPM FC akan ke Stadium Suka Memanti untuk pelawanan penentuan keseparuh Akhir.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah juga untuk para penyokong...perlawanan playoff untuk ke peringkat suku akhir daa.