Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Tuesday, November 10, 2009

Majlis Penyerahan Khemah kepada MKK dun Pantai Merdeka



Majlis Peryerahan Khemah telah diadakan pada hari ini 9 November 2009,bertempat di

Pejabat Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka .Semua MKK Dun Pantai Merdeka terlibat

pada majlis penyerahan ini.



Ucapan disampaikan oleh YB Dun Pantai Merdeka Abdullah Bin Jusoh,menyeru

kepada MKK DUN PANTAI MERDEKA supaya menguruskan pentadbiran khemah

dengan penuh berhikmah semoga semua golongan dapat menggunakannya dengan penuh manafaat.





 


MKK mendengar Ucapan yang disampaikan oleh YB dengan penuh perhatian .




Bergambar bersama YB selepas upacara penyerahan khemah.

Inilah wajah-wajah sebahagian daripada MKK DUN Pantai Merdeka.

Wednesday, November 4, 2009

Jurulatih Kedah yang Baru

Ahmad Yusoff jurulatih baru Hijau Kuning

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR: Pasukan Hijau Kuning kini mempunyai jurulatihnya yang
baru, Ahmad Yusoff yang sebelum ini memegang jawatan sebagai penolong
jurulatih Kelab Proton FC, bagi menggantikan Mohd. Azraai Khor
Abdullah.
Perubahan turut dibuat oleh pasukan Kedah apabila menggugurkan lima
pemain iaitu Rafiz Abu Bakar, Mohd. Afif Amiruddin, Mohd. Azrul Ahmad,
Manopsak Kram dan Mohd. Nazmi Baharom.
Sebagai permulaan, Ahmad mengikat kontrak selama setahun bagi memberi
peluang kepadanya untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum
menyambung kontrak baru setelah meneliti prestasi keseluruhan pasukan.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YB. Dato'
Bijaya Indera Dato' Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, bagi
melengkapkan pasukan Kedah, KFA bakal mencari lima pemain baru
termasuk dua penyerang bagi menggantikan pemain yang ditamatkan
kontrak.
"Pemilihan ketua jurulatih itu dibuat atas cadangan pengurusan pasukan
dan penolong jurulatih yang melihat Ahmad Yusoff mampu menyesuaikan
diri dengan pengurusan serta pemain sekaligus dapat mengembalikan
kegemilangan pasukan Hijau Kuning dalam sukan bola sepak," katanya.
Ahmad menjelaskan, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab
yang diberikan itu dan yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain,
pasukan Kedah mampu melakar kejayaan.
Ahmad memulakan karier sebagai pemain bola sepak pada tahun 1979 dan
terpilih mewakili negara pada tahun 1981 sehingga 1993.
Ketika menjadi ketua pasukan negara, Ahmad membantu Malaysia meraih
pingat emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
Dalam penampilan sulungnya bersama pasukan Pahang pada tahun 1984,
skuad Tok Gajah itu muncul naib juara Piala Malaysia sebelum muncul
juara Liga Perdana pada tahun 1987.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kehormat KFA, YB. Dr.
Hamdan Mohamed Khalib dan Pengurus Pasukan Hijau Kuning, Dato' Khazali
Din.

Bola sepak kampung

Tuesday, October 27, 2009

Sumbangan Sempena Hari Deepavali Pada 16 Oktober 2009


Ucapan daripada YB Abdullah Bin Jusoh,juga disertai bersama Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani iaitu Saudara Badrul Hisham dan Pembantu Khas Kepada YB,Saudara Rosli Bin Darus.



Menerima Sumbangan daripada YB Dun Pantai Merdeka,YB Abdullah Bin Jusoh


Menjamu selera hidangan yang disediakan oleh Pusat khidmat Dun Pantai Merdeka.

Tuesday, September 8, 2009

JADUAL MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAZKIRAH YB ADUN PANTAI MERDEKA DALAM KAWASAN PANTAI MERDEKA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1430.

HARI : RABU
TARIKH : 09-09-2009/19 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : SURAU KG. BUKIT - MAJLIS BERBUKA PUASA.
TEMPAT : SURAU TAMAN SEMARAK - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : KHAMIS
TARIKH : 10-09-2009/20 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : SURAU ALOR BEMBAN - MAJLIS BERBUKA PUASA.
TEMPAT : SURAU KG. BUKIT LALANG - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : JUMAAT
TARIKH : 11-09-2009/21 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : MARKAS PAS KG.PADANG TEMUSU - MAJLIS BERBUKA PUASA.

HARI : SABTU
TARIKH : 12-09-2009/22 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU KG. ABU SEMAN - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU KG. TENGAH - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : AHAD
TARIKH : 13-09-2009/23 RAMADHAN
TEMPAT : MARKAS PAS KG. PADANG LIMAU - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU KG. PAYA KERCUT - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : ISNIN
TARIKH : 14-09-2009/24 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU HJ. AHMAD - MAJLIS BERBUKA PUASA

HARI : SELASA
TARIKH : 15-09-2009/25 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU TAMAN SRI PINANG - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU TAMAN KEMPAS FASA 1 - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : RABU
TARIKH : 16-09-2009/26 RAMADHAN
TEMPAT : MARKAS TARBIAH BALAI ISLAM, TIKAM BATU - MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MKK.

HARI : KHAMIS
TARIKH : 17-09-2009/27 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU KG. JAWA - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU TAMAN PINANG TUNGGAL - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.

HARI : JUMAAT
TARIKH : 18-09-2009/28 RAMADHAN
TEMPAT : MASJID BAKAR ARANG - MAJLIS BERBUKA PUASA

Monday, March 9, 2009

Azizi menulis

AZIZI MENULIS MAC 2009

Bertempat di D‘ Chalet Yan, Kedah (Rekreasi Titi Hayun), pada 26 Februari 2009 berlangsung Diskusi Minda Bengkel Hala Tuju  kebudayaan Negeri Kedah.

Saya ditugaskan menyampai kertas kerja tentang hala tuju ini. Tempat sangat menarik. Seumur hidup saya, walaupun anak Negeri Kedah, tak terjejak kaki di situ. Chalet sangat murah, hanya RM60 semalam.

Membentang kertas kerja hampir sejam atas usahasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah di mana Exconya YB Dr. Hamdan Mohamed Khalib sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Mufti, Hal Ehwal Agama, Kolej Universiti Insaniah, Pusat Islam Universiti Utara, Pegawai Daerah Yan, dan didaya usaha kuat oleh Dr.  Zahidi selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, diskusi berjalan dengan baik.

Saya sangat berterima kasih di atas kehadiran dan percambahan minda oleh Prof Abdullah Hasan dari Universiti Perguruan Sultan Idris dan isteri beliau Puan Ainon Mohamad dari PTS dan orang kuat PAKSI.

Saya yang membentang kertas kerja itu tidak bertujuan mencari satu bentuk kebudayaan baru untuk negeri Kedah. Bagi saya dasar dan bentuk kebudayaan yang sedia ada sudah memadai tetapi haruslah ia ditokok tambah, di awasi dan di pantau dari masa ke semasa.

Saya tidak bermaksud akan wujud satu bentuk baru tetapi cukup sekiranya Kedah dapat mencipta satu imej budayanya yang selaras dengan Islam dan nilai murni, seperti yang disebut oleh wakil dari UUM. Hanya sanya saya sering melontar pertanyaan: SIAPAKAH YANG MAHU? Atau seperti kata Ali Syariati, SIAPA YANG MAHU MEMULAKANNYA?  Kerana ia sebenarnya sudah ada tetapi diselaputi oleh mereka yang tidak gemar apabila disebut Islam.

Maka Alhamdulillah kertas kerja itu diterima sebagai landas mula membentuk satu jawatan kuasa kerja bagi mengenal pasti  apakah bentuk kebudayaan kini dan dapat mengenal pasti pula program atau acara tahunan yang dibiayai secara rasmi oleh kerajaan. Cadangan yang baik ini dilontarkan oleh Puan Ainon Mohamad dari PTS.

Lainnya beliau berharap satu garis panduan budaya, menghasilkan buku induk agar dapat diikuti oleh pihak Kerajaan Tempatan dan Daerah.

Manakala Prof   Dr. Mohd Isa Othman menyarankan supaya forum dan bengkel kebudayaan ini diadakan selalu dan tubuhkan badan pelaksana yang ada kuasa eksekutif.

Apapun diskusi pada hari tersebut ternyata menjadi titik tolak bagaimana kebudayaan Kedah tidak akan terbiar, dibiar hanyut begitu saja. Sudah ada tanda-tanda bagaimana ia dikawal dan dibaiki supaya menjadi nilai-nilai murni. Contohnya apabila TV9 membuat ‘Suarasa’ baru-baru ini, di mana persembahan hiburan dapat dibendung.

Saya fikir diskusi itu mencapai tujuannya sebagai permulaan membentuk garis panduan, mengangkat martabat kebudayaan dan mencari nilai kebudayaan yang positif berlandaskan Islam.



dapatkan berita terkini negeri Kedah dari www.wartakedah.com