Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Wednesday, November 4, 2009

Jurulatih Kedah yang Baru

Ahmad Yusoff jurulatih baru Hijau Kuning

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR: Pasukan Hijau Kuning kini mempunyai jurulatihnya yang
baru, Ahmad Yusoff yang sebelum ini memegang jawatan sebagai penolong
jurulatih Kelab Proton FC, bagi menggantikan Mohd. Azraai Khor
Abdullah.
Perubahan turut dibuat oleh pasukan Kedah apabila menggugurkan lima
pemain iaitu Rafiz Abu Bakar, Mohd. Afif Amiruddin, Mohd. Azrul Ahmad,
Manopsak Kram dan Mohd. Nazmi Baharom.
Sebagai permulaan, Ahmad mengikat kontrak selama setahun bagi memberi
peluang kepadanya untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum
menyambung kontrak baru setelah meneliti prestasi keseluruhan pasukan.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YB. Dato'
Bijaya Indera Dato' Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, bagi
melengkapkan pasukan Kedah, KFA bakal mencari lima pemain baru
termasuk dua penyerang bagi menggantikan pemain yang ditamatkan
kontrak.
"Pemilihan ketua jurulatih itu dibuat atas cadangan pengurusan pasukan
dan penolong jurulatih yang melihat Ahmad Yusoff mampu menyesuaikan
diri dengan pengurusan serta pemain sekaligus dapat mengembalikan
kegemilangan pasukan Hijau Kuning dalam sukan bola sepak," katanya.
Ahmad menjelaskan, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab
yang diberikan itu dan yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain,
pasukan Kedah mampu melakar kejayaan.
Ahmad memulakan karier sebagai pemain bola sepak pada tahun 1979 dan
terpilih mewakili negara pada tahun 1981 sehingga 1993.
Ketika menjadi ketua pasukan negara, Ahmad membantu Malaysia meraih
pingat emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
Dalam penampilan sulungnya bersama pasukan Pahang pada tahun 1984,
skuad Tok Gajah itu muncul naib juara Piala Malaysia sebelum muncul
juara Liga Perdana pada tahun 1987.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kehormat KFA, YB. Dr.
Hamdan Mohamed Khalib dan Pengurus Pasukan Hijau Kuning, Dato' Khazali
Din.

No comments: