Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Monday, September 29, 2008

Rutin harian YB Cikgu Lah sepanjang Ramadhan


Oleh Izwan Abdul Halim

KOTA KUALA MUDA: Sungguhpun mempunyai jadual yang padat selaku Exco
Kerajaan Negeri disamping perlu memenuhi aturcara wajib, namun
tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada penduduk di dalam Dun beliau
tetap ditunaikan.

Begitulah rutin Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Dan Koperasi,
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri, YB Tuan Haji Abdullah Jusoh.
Beliau yang juga Adun Pantai Merdeka sentiasa meluangkan masa untuk
menguruskan hal ehwal penduduk di dalam Dun beliau.

Malah ketika pemandunya silih berganti kerana kepenatan menjalani
ibadah puasa serta terpaksa menempuh jarak perjalanan jauh setiap
hari, beliau tetap tegar dengan amanahnya sebagai wakil rakyat
memenuhi setiap jemputan mengimarahkan aktiviti di bulan mulia ini.

Selain memenuhi undangan berbuka puasa, bertarawikh dan menyampaikan
tazkirah Ramadhan di masjid dan surau serta markaz parti, YB turut
mengadakan ziarah melawat orang sakit dan kematian. Malah masjid dan
surau menjadi tempat pertemuan utama beliau untu bertemu masyarakat.

Selain itu, beliau turut memastikan petugasnya di Pusat Khidmat Wakil
Rakyat Pantai Merdeka memberikan perhidmatan terbaik kepada penduduk
yang datang berurusan. YB Abdullah juga sering turun padang meninjau
penduduk yang ditimpa musibah sepertimana kejadian banjir melanda
Kuala Muda baru-baru ini.

Menjelang Syawal yang bakal menjelma, perhatian kepada penduduk yang
kurang bernasib baik serta fakir miskin turut diberikan melalui
sumbangan barangan keperluan serta zakat hasil sumbangan orang ramai
serta agensi-agensi kerajaan.

Sunday, September 21, 2008

Bantuan Hari Raya





Bantuan Hari Raya kepada Fakir Miskin dan Anak-anak Yatim kawasan Dun Pantai Merdeka dan sekitar Daerah Kuala Muda oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 18 September 2008.

Tuanku Sultan telah sudi mencemar duli menyampaikan sumbangan tersebut yang diadakan di Dewan MPSP Tikam Batu.

MAjlis turut dihadiri oleh YB. Tn. Hj. Abdullah Jusoh (Adun panatai Merdeka yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah)

Di dalam majlis tersebut, hampir 200 Orang fakir miskin dan anak-anak yatim sekitar Kuala Muda telah diberikan bantuan Aidil Fitri oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Daripada jumlah penerima tersebut, lebih setengahnya adalah penduduk di sekitar Dun Pantai Merdeka.

Selepas ini, masih ada lagi program2 yang bakal disusun menemui lebih ramai penduduk yang kurang bernasib baik akan disalurkan bantuan sempena Aidil Fitri tahun ini. InsyaAllah, program selepas ini akan dihulurkan sendiri oleh YB Adun Pantai Merdeka, isteri atau wakil-wakilnya.

Petuga-petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pantai Merdeka, Pemuda Pas Sungai Petani dan Muslimat Pas Sungai Petani akan terus meninjau dan mengatur bantuan untuk semua mereka yang memerlukan di kawasan Dun Pantai Merdeka khususnya dan sekitar Sungai Petani insyaAllah.

Thursday, August 14, 2008

Tinjauan semula - Rumah terbakar

Tanah Runtuh - Tinjauan semula


















Setelah kali pertama melawat kawasan tanah runtuh berhampiran Pulau Sayak, lawatan kedua pada 12hb Aug menyaksikan tindakan segera pihak bertanggungjawab sudah mula mengorak langkah memperbaiki keradaan yang berlaku.

Saturday, July 26, 2008

Hakisan Pantai di Pulau Sayak


26 Julai - Kejadian hakisan pantai di Kampung Pulau Sayak kini menjadi semakin seriuos sejak kebelakangan ini. Pantai yang dimaksudkan terletak di kampung tersebut berhampiran dengan tempat melihat anak bulan.

Pegawai Khas ADUN Pantai Merdeka, Sdr Rosli Darus dalam tinjauannya mendapati hakisan itu semakin teruk sehinggakan benteng yang dibina oleh peniaga berhampiran pantai tersebut turut runtuh.

Penulis yang pernah mengunjungi pantai tersebut juga terkejut kerana sebelum ini pantai itu behgitu landai dan luas, kini pantai berhampiran gerai Mee Udang tersebut nampak merbahaya kerana tanah runtuh akibat hakisan ombak.

Menurut peniaga gerai tersebut, hakisan itu semakin teruk sejak aktiviti menyedut pasir dijalankan ditengah laut berhadapan persisiran pantai tersebut. walaupun pun jauh dari tepi pantai, namun kesannya membawa kepada tanah runtuh dan hakisan di sepanjang persisiran pantai.

Menurut seorang pengunjung, Sdr. Mukhzani Desa 34, beliau sering kesini menjamu selera dan merasa terkejut dengan keadaan yang berlaku dalam sedikit masa. "Dulu pantai ni landai dan boleh nampak dari tempat letak kereta, tapi la ni tak nampak dah, yang nampak hanya tebing curam" katanya.

Menurutnya lagi, beliau kuatir keselamatan pengunjung memandangkan pasir disitu nampaknya 'disedut' bersama setiap kali ombak menghempas pantai.

Rosli dalam temubualnya, menyatakan perkara ini tidak seharusnya dibiarkan dan kajian terhadap alam sekitar perlu dijalankan sebelum dan semasa projek dijakankan. Ini bagi mengelakkan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.

Fwd: Rumah Orang Tua Tanpa Waris Dilanda Ribut

26 Julai - Sebuah rumah rosak sebahagian bumbung akibat dilanda ribut dalam kejadian ribut petang Khamis lepas. Rumah tersebut yang merupakan rumah orang-orang tua tanpa waris terletak di dalam Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah. Saad Bin Abdullah, yang mendiami rumah tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecerderaan didalam kejadian tersebut.
 
Pegawai khas ADUN Pantai Merdeka Sdr. Rosli Darus, dlm kunjungannya telah rumah orang tua tanpa waris kg pulau saya dalam lawatannya meryatakan, kawasan yg didiami oleh orang-orang tua ini terletak dibawah seliaan Pejabat Jabatan Kebajikan Daerah Kuala Muda dan berjanji akan merujuk perkara tersebut kepada JKM esok untuk tindakan selanjutnya. Rosli dalam kenyataannya berpendapat, JKM sepatutnya menempatkan seorang pegawai atau penyelia bagi tujuan memantau dan menguruskan rumah orang-orang tua tersebut sebagaimana pengurusan lain-lain pusat penempatan kebajikan. Menurutnya kawasan ini pernah terlibat didalam kejadian Tsunami tahun 2004 dan seharusnya semua penghuni rumah orang-orang tua ini dipindahkan ketempat yang lebih selesa dan selamat.
 
 

 


Thursday, July 17, 2008

Pusat Komuniti demi membantu Kerajaan Neegri

Penduduk Taman Seri Jenaris, Tikam Batu berjaya menubuhkan sebuah pusat komuniti bagi menyelaraskan aktiviti kemasyarakatan penduduk taman tersebut. Dijemput untuk merasmikan pembukaan pusat tersebut, beberapa perkara disentuh sebagai cadangan atau saranan untuk kebaikan bersama. Antaranya melahirkan harapan agar penubuhan pusat komuniti akan mengembalikan amalan kekeluargaan yang pernah menjadi tunjang cara hidup bermasyarakat generasi terdahulu. Sikap sentiasa memantau dan menegur kelakuan negatif anak-anak muda tanpa mengira 'anak siapa' perlu dikembalikan sebagai amalan setiap anggota masyarakat.

Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik diharap dapat berperanan menarik penduduk setempat untuk menjalin kerjasama tanpa mengira fahaman politik. Sebarang permohonan atau tuntutan kepada kerajaan negeri lebih berkesan sekiranya dibuat secara berkumpulan. Kerajaan negeri pula akan berusaha sedaya upaya untuk bersikap adil dalam memenuhi sebarang tuntutan oleh mereka yang layak.

Selain itu sesuatu maklumat yang diterima hendaklah terlebih dahulu dipastikan kesahihannya khususnya yang berhubungkait dengan kerajaan negeri. Dalam situasi sekarang apabila media perdana ditadbir dan diuruskan oleh mereka yang tidak beramanah, rakyat terdedah dengan berita-berita propaganda dan fitnah. Kerajaan negeri tidak terlepas dari menjadi mangsa. Sehubungan itu, pusat komuniti yang diwujudkan menjadi sumber mendapatkan maklumat yang sahih melalui hubungan yang rapat antara pusat komuniti dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Pantai Merdeka. Sebarang maklumat akan dapat disalurkan oleh PKWR dengan lebih efektif.


Selepas perasmian masa diluangkan melihat gambar-gambar aktiviti yang pernah dijalankan oleh penduduk di ruang pameran. Tidak ketinggalan sesi bergambar bersama AJK Persatuan Penduduk.