Tuesday, September 8, 2009
HARI : RABU
TARIKH : 09-09-2009/19 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : SURAU KG. BUKIT - MAJLIS BERBUKA PUASA.
TEMPAT : SURAU TAMAN SEMARAK - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.
HARI : KHAMIS
TARIKH : 10-09-2009/20 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : SURAU ALOR BEMBAN - MAJLIS BERBUKA PUASA.
TEMPAT : SURAU KG. BUKIT LALANG - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.
HARI : JUMAAT
TARIKH : 11-09-2009/21 RAMADHAN 1430H
TEMPAT : MARKAS PAS KG.PADANG TEMUSU - MAJLIS BERBUKA PUASA.
HARI : SABTU
TARIKH : 12-09-2009/22 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU KG. ABU SEMAN - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU KG. TENGAH - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.
HARI : AHAD
TARIKH : 13-09-2009/23 RAMADHAN
TEMPAT : MARKAS PAS KG. PADANG LIMAU - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU KG. PAYA KERCUT - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.
HARI : ISNIN
TARIKH : 14-09-2009/24 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU HJ. AHMAD - MAJLIS BERBUKA PUASA
HARI : SELASA
TARIKH : 15-09-2009/25 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU TAMAN SRI PINANG - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU TAMAN KEMPAS FASA 1 - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.
HARI : RABU
TARIKH : 16-09-2009/26 RAMADHAN
TEMPAT : MARKAS TARBIAH BALAI ISLAM, TIKAM BATU - MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MKK.
HARI : KHAMIS
TARIKH : 17-09-2009/27 RAMADHAN
TEMPAT : SURAU KG. JAWA - MAJLIS BERBUKA PUASA
TEMPAT : SURAU TAMAN PINANG TUNGGAL - SOLAT TARAWEH/TAZKIRAH OLEH YB.
HARI : JUMAAT
TARIKH : 18-09-2009/28 RAMADHAN
TEMPAT : MASJID BAKAR ARANG - MAJLIS BERBUKA PUASA
Monday, March 9, 2009
Azizi menulis
AZIZI MENULIS MAC 2009
Bertempat di D‘ Chalet Yan, Kedah (Rekreasi Titi Hayun), pada 26 Februari 2009 berlangsung Diskusi Minda Bengkel Hala Tuju kebudayaan Negeri Kedah.
Saya ditugaskan menyampai kertas kerja tentang hala tuju ini. Tempat sangat menarik. Seumur hidup saya, walaupun anak Negeri Kedah, tak terjejak kaki di situ. Chalet sangat murah, hanya RM60 semalam.
Membentang kertas kerja hampir sejam atas usahasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah di mana Exconya YB Dr. Hamdan Mohamed Khalib sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Mufti, Hal Ehwal Agama, Kolej Universiti Insaniah, Pusat Islam Universiti Utara, Pegawai Daerah Yan, dan didaya usaha kuat oleh Dr. Zahidi selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, diskusi berjalan dengan baik.
Saya sangat berterima kasih di atas kehadiran dan percambahan minda oleh Prof Abdullah Hasan dari Universiti Perguruan Sultan Idris dan isteri beliau Puan Ainon Mohamad dari PTS dan orang kuat PAKSI.
Saya yang membentang kertas kerja itu tidak bertujuan mencari satu bentuk kebudayaan baru untuk negeri Kedah. Bagi saya dasar dan bentuk kebudayaan yang sedia ada sudah memadai tetapi haruslah ia ditokok tambah, di awasi dan di pantau dari masa ke semasa.
Saya tidak bermaksud akan wujud satu bentuk baru tetapi cukup sekiranya Kedah dapat mencipta satu imej budayanya yang selaras dengan Islam dan nilai murni, seperti yang disebut oleh wakil dari UUM. Hanya sanya saya sering melontar pertanyaan: SIAPAKAH YANG MAHU? Atau seperti kata Ali Syariati, SIAPA YANG MAHU MEMULAKANNYA? Kerana ia sebenarnya sudah ada tetapi diselaputi oleh mereka yang tidak gemar apabila disebut Islam.
Maka Alhamdulillah kertas kerja itu diterima sebagai landas mula membentuk satu jawatan kuasa kerja bagi mengenal pasti apakah bentuk kebudayaan kini dan dapat mengenal pasti pula program atau acara tahunan yang dibiayai secara rasmi oleh kerajaan. Cadangan yang baik ini dilontarkan oleh Puan Ainon Mohamad dari PTS.
Lainnya beliau berharap satu garis panduan budaya, menghasilkan buku induk agar dapat diikuti oleh pihak Kerajaan Tempatan dan Daerah.
Manakala Prof Dr. Mohd Isa Othman menyarankan supaya forum dan bengkel kebudayaan ini diadakan selalu dan tubuhkan badan pelaksana yang ada kuasa eksekutif.
Apapun diskusi pada hari tersebut ternyata menjadi titik tolak bagaimana kebudayaan Kedah tidak akan terbiar, dibiar hanyut begitu saja. Sudah ada tanda-tanda bagaimana ia dikawal dan dibaiki supaya menjadi nilai-nilai murni. Contohnya apabila TV9 membuat ‘Suarasa’ baru-baru ini, di mana persembahan hiburan dapat dibendung.
Saya fikir diskusi itu mencapai tujuannya sebagai permulaan membentuk garis panduan, mengangkat martabat kebudayaan dan mencari nilai kebudayaan yang positif berlandaskan Islam.
dapatkan berita terkini negeri Kedah dari www.wartakedah.com
Tuesday, March 3, 2009
senarai exco kedah mulai 3 Mac
| BIL | NAMA EXCO | POTFOLIO |
| 1 | YAB. DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK | Pengerusi J/Kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan |
| 2 | YB. DATO' IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri | Pengerusi J/Kuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pemb. Luar Banndar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga |
| 3 | YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL | Pengerusi J/Kuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi |
| 4 | YB. DATO' HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH | Pengerusi J/Kuasa Industri & pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan |
| 5 | YB. MOHAMAD RADZHI BIN SALLEH | Pengerusi J/Kuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia |
| 6 | YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB | Pengerusi J/Kuasa Belia & Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan |
| 7 | YB. USTAZAH HJH SITI AISHAH BIN HAJI GHAZALI | Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat |
| 8 | YB. HAJI ABDULLAH BIN JUSOH | Pengerusi J/Kuasa Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan |
| 9 | YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH | Pengerusi J/Kuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan |
| 10 | YB. TAN WEI SHU | Pengerusi J/Kuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan |
Thursday, February 26, 2009
HENTI LAGAKAN RAKYAT-ISTANA!
Siapa Exco Kedah derhakai Raja?
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat muncul bersama gerombolan 'nangoi-nangoi' Umno umum akan membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya Exco tersebut menghina Sultan. Ia berdasarkan surat layang yang mendakwa Exco tersebut menghina Sultan. Begitulah rendahnya mutu berfikir Pemuda Umno, membuat dakwaan berasaskan surat layang. Jika polis dibenar untuk dibebankan menyiasat isi kandungan surat layang maka eloklah semua surat layang perihal kebejatan pemimpin yang tersebar luas waktu pilihanraya umum dan sewaktu pemilihan Umno sekarang ini dirujukkan ke balai polis. Terpaksalah pula polis mewujudkan sebuah unit khas untuk menyiasat surat layang.
Apa yang dilakukan oleh Haris dan gerombolannya adalah senario semasa yang sedang melanda Umno di seluruh negara iaitu wabak 'report polis'. Atas pelbagai isu, pemimpin dan ahli Umno berulang-alik ke balai polis di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.
Secara bergurau seorang sahabat berkata, "Dulu, masa jadi kerajaan Umno sibuk dok hurung projek, bila jadi pembangkang sibuk hurung balai polis, aku ingat simbol keris pada Umno patut diganti dengan simbol balai polis."
Kebetulannya isu derhaka yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kedah itu berlaku sehari selepas calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Ali Rustam mencetuskan kontroversi dengan mengadakan 'ceramah politik' di hadapan Tuanku Sultan Kedah dalam majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu. Agak memalukan kerana dia hadir berucap sebagai Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, tetapi memberi ucapan seolah-olah berkempen untuk memenangi jawatan penting dalam Umno. Jika Ali berucap di hadapan Sultan Perak, barangkali tidak menjadi hal. Tetapi apabila dia berucap di hadapan Sultan Kedah yang terkenal sebagai seorang raja yang bersikap adil terhadap rakyatnya, maka ucapannya jadi sumbang serta tidak disenangi oleh ramai hadirin.
Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh yang turut hadir mewakili Menteri Besar antara yang tidak senang dengan ucapan Naib Presiden Umno itu lalu membidas, "Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia 'meracau' dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya."
Di samping menyiarkan kecaman Dr. Ismail dalam laman web Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, saya turut menyiarkan petikan tulisan Mohd Fadli Ghani perihal perderhakaan Presiden Umno yang pertama, Dato' Onn Jaafar terhadap Sultan Kedah iaitu Tunku Badlishah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim yang memerintah Kedah sekarang.
Fadli menulis, "Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah (Tunku Badlishah) dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union.
"Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.
Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Presiden Umno, Dato' Onn sekali lagi menderhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan.
"Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato' Onn menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.
"Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai 'kacang lupakan kulit' dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949."
Rupanya, kisah sejarah yang disiarkan dalam laman web rasmi Urusetia Penerangan itu mendapat sambutan sangat baik dari pembaca. Mereka mencadangkan supaya catatan perderhakaan Umno disenarai dan disebarkan seluas-luasnya. Biar mereka tahu dalam catatan sejarah Umnolah yang paling banyak menderhakai Sultan.
Haris Che Mat dan para Pemuda Umno masih di alam kanak-kanak sewaktu Dr. Mahathir dan Umno mengadakan road show ke seluruh negara pada tahun 1983 bagi meminda perlembagaan untuk membuang kuasa raja-raja. Mereka tidak tahu perihal Tengku Ibrahim 'ditabalkan sebagai Sultan Kelantan' oleh Umno setelah BN kalah kesemua kerusi di Kelantan pada pilihnraya umum ke lapan. Mereka masih 'kanyak' untuk memahami tindakan Umno meminda perlembagaan pada tahun 1993 bagi membuang kuasa raja-raja. Ia didahului dengan perang saraf yang bertalu-talu oleh media talibarut BN mendedahkan keaiban raja-raja Melayu. Berminggu-minggu pihak istana dilondehkan.
Sultan Kedah antara yang teruk diaibkan. Almarhum Dato' Fadzil Noor antara tokoh yang lantang menentang tindakan biadap Umno terhadap raja-raja. Ke mana Sultan Kedah pergi, orang PAS datang berpusu-pusu bertemu baginda. Dalam satu majlis di Masjid Zahir, Alor Setar, keberangkatan baginda disambut ribuan penyokong PAS dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku. Baginda sampai menitiskan air mata terharu. Sebab itulah tidak pelik jika Ustaz Fadzil satu-satunya tokoh yang menerima anugerah Dato' sewaktu menjadi pembangkang.
Hari ini jika isu derhaka diputarkan oleh piring hitam karat Umno, ia hanya mampu membakar semangat Pemuda dan Puteri Umno yang tidak pernah menelek kitab sejarah. Veteran Umno yang jujur dan tidak memutarbelitkan peristiwa lalu seperti Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir, setakat ini masih berani bercakap benar sekalipun terdapat ramai pemimpin Umno yang berpura-pura lupa. Melayu Umno mungkin mudah lupa, tetapi sejarah tidak pernah berbohong.
Tuesday, February 24, 2009
Ali Rustam guna program rasmi untuk kempen politik
Monday, February 23, 2009
PKWR bertindak segera tangani ribut di Pantai Merdeka
Oleh: AZMAN AHMAD
Sungai Petani – Sebanyak sebelas buah rumah musnah atau hampir musnah akibat dipukul ribut yang berlaku di kampung Bukit Kecil, Simpor hari ini. Ribut yang melanda sekitar jam 4.30 petang bersama hujan lebat menyebabkan beberapa keluarga hilang tempat berlindung.
Rosli Darus, Pembantu Khas Wakil Rakyat Pantai Merdeka yang ditemui selepas melawat tempat kejadian memaklumkan, bancian awal mendapati sekitar sebelas buah rumah rosak dan empat daripada rosak teruk. Antara kerosakan yang dialami adalah bumbung diterbangkan angin dan bumbung pecah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tikam Batu bersama sebuah jentera membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang terlibat setelah memastikan tiada mangsa yang cedera.
Seorang mangsa, Long Teh menceritakan kejadian cemas apabila terlihat sebatang pokok pinang menimpa rumah jirannya lantas menjerit memberitahu jirannya. ”Dalam waktu yang sama, tanpa disedari bumbung rumah saya sendiri telah ’hilang’ akibat diterbangkan angin,” ujarnya.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pantai Merdeka yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut terus mengunjungi kawasan terbabit dan menyelaras kerja-kerja pembersihan serta membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bancian kerosakan.
Rosli berharap penduduk yang terlibat supaya bersabar menempuh ujian dari Allah ini. Beliau turut merakamkan ucapan syabas kepada dua orang MKK, Haji Darus Haji Md Isa dan Haji Mohd Taib Ahmad yang turut sama memainkan peranan membantu mangsa.
Rosli berharap JKM akan segera menghulurkan bantuan dan berharap kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan agar dapat menyalurkan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat di talian 04-438 0595 bagi memudahkan penyelarasan barangan keperluan.