Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Monday, June 14, 2010

‘Jangan lupa agama apabila bersukan’

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

SINTOK – Sukan baik untuk kesihatan. Namun, dalam bersukan jangan sekali-kali lupa kepada amalan agama.

Demikian nasihat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan kepada atlet Kedah yang terlibat pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke 13 di Melaka.


“Setelah kita berusaha, jangan lupa untuk minta pertolongan pada Allah, di samping kita bersukan, jangan lupa amalan agama,” ujar beliau pada majlis penyerahan bendera Kedah kepada kontinjen Sukma Negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia, di sini.

Beliau turut menasihati para atlet agar mempamerkan disiplin yang baik sebagai cermin kepada keperibadian mulia.

“Perkara yang harus jadi pegangan para atlet adalah disiplin yang tinggi, ini bagi menjamin mutu persembahan dan kekalkan stamina yang baik,” ujar beliau.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizin turut mengumumkan kenaikan ganjaran kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas di kejohanan Sukma ke 13.

“Hadiah-hadiah ini sebagai perangsang dan tanda penghargaan kerajaan negeri pada atlet yang berjuang habisan-habisan di Sukma nanti,” katanya.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pengurus-pengurus pasukan serta atlet pada Sukma ke 12, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM220,250.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr Abd Isa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, Dato’ Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Noh Haji Dahya dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin.

No comments: