Sumbangan dana untuk tabung PKWR

sila hubungi PKWR DUN Pantai Merdeka
04 - 438 0595


pkwrn27@gmail.com
khidmat_pantai_merdeka@yahoo.com

Monday, March 9, 2009

Azizi menulis

AZIZI MENULIS MAC 2009

Bertempat di D‘ Chalet Yan, Kedah (Rekreasi Titi Hayun), pada 26 Februari 2009 berlangsung Diskusi Minda Bengkel Hala Tuju  kebudayaan Negeri Kedah.

Saya ditugaskan menyampai kertas kerja tentang hala tuju ini. Tempat sangat menarik. Seumur hidup saya, walaupun anak Negeri Kedah, tak terjejak kaki di situ. Chalet sangat murah, hanya RM60 semalam.

Membentang kertas kerja hampir sejam atas usahasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah di mana Exconya YB Dr. Hamdan Mohamed Khalib sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Mufti, Hal Ehwal Agama, Kolej Universiti Insaniah, Pusat Islam Universiti Utara, Pegawai Daerah Yan, dan didaya usaha kuat oleh Dr.  Zahidi selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, diskusi berjalan dengan baik.

Saya sangat berterima kasih di atas kehadiran dan percambahan minda oleh Prof Abdullah Hasan dari Universiti Perguruan Sultan Idris dan isteri beliau Puan Ainon Mohamad dari PTS dan orang kuat PAKSI.

Saya yang membentang kertas kerja itu tidak bertujuan mencari satu bentuk kebudayaan baru untuk negeri Kedah. Bagi saya dasar dan bentuk kebudayaan yang sedia ada sudah memadai tetapi haruslah ia ditokok tambah, di awasi dan di pantau dari masa ke semasa.

Saya tidak bermaksud akan wujud satu bentuk baru tetapi cukup sekiranya Kedah dapat mencipta satu imej budayanya yang selaras dengan Islam dan nilai murni, seperti yang disebut oleh wakil dari UUM. Hanya sanya saya sering melontar pertanyaan: SIAPAKAH YANG MAHU? Atau seperti kata Ali Syariati, SIAPA YANG MAHU MEMULAKANNYA?  Kerana ia sebenarnya sudah ada tetapi diselaputi oleh mereka yang tidak gemar apabila disebut Islam.

Maka Alhamdulillah kertas kerja itu diterima sebagai landas mula membentuk satu jawatan kuasa kerja bagi mengenal pasti  apakah bentuk kebudayaan kini dan dapat mengenal pasti pula program atau acara tahunan yang dibiayai secara rasmi oleh kerajaan. Cadangan yang baik ini dilontarkan oleh Puan Ainon Mohamad dari PTS.

Lainnya beliau berharap satu garis panduan budaya, menghasilkan buku induk agar dapat diikuti oleh pihak Kerajaan Tempatan dan Daerah.

Manakala Prof   Dr. Mohd Isa Othman menyarankan supaya forum dan bengkel kebudayaan ini diadakan selalu dan tubuhkan badan pelaksana yang ada kuasa eksekutif.

Apapun diskusi pada hari tersebut ternyata menjadi titik tolak bagaimana kebudayaan Kedah tidak akan terbiar, dibiar hanyut begitu saja. Sudah ada tanda-tanda bagaimana ia dikawal dan dibaiki supaya menjadi nilai-nilai murni. Contohnya apabila TV9 membuat ‘Suarasa’ baru-baru ini, di mana persembahan hiburan dapat dibendung.

Saya fikir diskusi itu mencapai tujuannya sebagai permulaan membentuk garis panduan, mengangkat martabat kebudayaan dan mencari nilai kebudayaan yang positif berlandaskan Islam.



dapatkan berita terkini negeri Kedah dari www.wartakedah.com

4 comments:

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - http://gem.socialgo.com

Industri Sarang Burung Layang-LAyang(Walet) -
http://gem.tl.my
http://gemsb.blogspot.com

Anonymous said...

cadangan kepada YB: bukak la chat box dkt blog nie sng nk respon ka nk bg cadangan ka..nak jmpa YB ssh, jd melalui blog pon jd lar..mna tau kot-kot cadangan kita boleh membantu...

Anonymous said...

Bangunlah dari lena,update lah sikit

Pucuk Geti said...

Update la sikit blog yb nie...sekarang zaman ict.moga2 rakyat pantai merdeka akan dapat maklumat dari blog yb nie...sibuk sangat sampai tak sempat update ker?minta la PA tolong update kan ker...